Posts

Showing posts with the label Salahguna kuasa

Rampasan kuasa, Perikatan Nasional, Kerajaan Pintu Belakang, itulah hakikatnya!

Image
Kami ingin merujuk kepada suatu artikel dalam akhbar theStar yang dikarang oleh seorang penulis bernama Jahaberdeen M. Yunoos, yang merupakan pengasas Pergerakan Rapera (the Rapera Movement) baru-baru ini yang mendakwa kerajaan Perikatan Nasional tetap merupakan sebuah kerajaan pintu hadapan walauapajua dakwaan orang ramai yang mengatakan sebaliknya. Ingin kami memperingatkan penulis tersebut, jika sekiranya beliau ingin mengketengahkan pendiriannya yang sewajar, usah berselindung di sebalik Yang Di Pertuan Agong (YDPA) bagi mempertahankan segala hujahnya yang dikarang beberapa minggu yang lalu. Sebaliknya, beliau seharusnya mengarang dan mempertahankan hujah, pendapat dan pendiriannya dengan menggunakan seberapa banyak maklumat dan bukti sahih yang boleh diperolehinya. Di dalam karangannya beliau ada mengatakan bahawa parti-parti gabungan dalam Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin telah memperoleh sokongan yang mencukupi bagi membentuk kerajaan baru setelah tumbangnya keraj...

Apakah motif sebenar dan halatuju para perosak undi?

Image
Baru-baru ini timbul pula suatu kempen yang menggalakkan rakyat jelata agar merosakkan undi mereka di dalam pilihanraya umum yang akan datang dengan tidak mengundi mana-mana pihak, yakni merosakkan kertas-kertas undi mereka. Kempen undi rosak tersebut dipimpin oleh Maryam Lee, seorang ahli jawatankuasa Gabungan Kiri Malaysia (Left Coalition Malaysia) yang turut disertai oleh beberapa orang ahli gabungan tersebut yang bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat jelata bertapa tidak tentu arahnya halatuju politik di dalam negara kita pada hari ini. Negara kita sudah pun lama “dibinasakan” oleh Barisan Nasional dan para pemimpinnya pada hari ini. Dan kita juga telah menyedari bahawa gabungan parti-parti pembangkang Pakatan Harapan juga telahpun mengumumkan barisan kepimpinannya yang bakal membawa gabungan parti-parti pembangkang itu menghadapi BN pada pilihanraya umum yang akan datang. Sewaktu kepimpinan PH diketengahkan di kalangan umum, ramai yang terkejut, gembira dan malah ada...

Kembalikan tanggungjawab pembangunan dan pengurusan rumah-rumah kos rendah kepada kerajaan-kerajaan negeri

Image
Oleh WH Cheng Baru-baru ini banyak pihak yang asyik menluahkan mengenai pelbagai masalah perancangan, pembangunan dan pengurusan rumah-rumah kos rendah untuk rakyat jelata yang kurang mampu yang kini semakin tidak dapat dicapai oleh golongan tersebut, walaupun usaha untuk menampung permintaan telahpun giat dilaksanakan di merata tempat di seluruh negara. Pelbagai masalah dan persoalan yang timbul, malah adakala Umno juga cuba menghubung kaitkan masalah tersebut dengan penindasan terhadap masyarakat Melayu, khususnya di negeri-negeri Selangor dan Pulau Pinang. Jika diteliti dengan lebih mendalam, masalah sebenarnya yang sering timbul di dalam perancangan, pembangunan dan pengurusan rumah-rumah kos rendah bukannya sengaja disasarkan terhadap masyarakat Melayu seperti yang sering didakwa oleh Umno tetapi ianya lebih kepada terlalu banyak pihak yang dipertanggungjawabkan di dalam peranan ini, yang mengakibatkan peranan yang bertindih, malah ada yang bertentangan antara satu sama...

Adakah RUU SIP akan berjaya dan berkesan?

Image
Rang Undang-undang Skim Insurans Pekerja (RUU SIP) yang telah dibentangkan buat kali pertama di parlimen yang bertujuan untuk membantu para pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat ditamatkan perkhidmatan dijangka tidak akan begitu membebankan para pekerja disektor swasta. Namun, ianya masih bergantung kepada bagaimana skim ini akan dilaksana dan diuruskan kelak. Ia merupakan satu perbelanjaan tambahan buat majikan dan para pekerja sepertimana caruman yang dibuat selama ini kepada PERKESO dan KWSP. Perniagaan dan industri kecil dan sederhana (SME) dijangka memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri kerana kumpulan inilah yang merasai impaknya terhadap kos operasi mereka, sementara syarikat gergasi tidak akan merasai impak terhadap kos tersebut kerana kadar caruman yang masih kecil. RUU SIP yang belum selesai pembentangannya telahpun ditunda ke bulan Oktober ini akan mewajibkan majikan dan pekerja mencarum ke dalam SIP berdasarkan kadar yang bakal ditetapkan mengikut tangga ga...

Di manakah halatuju negara kita?

Rencana ini telah diterbitkan di dalam Aliran.com pada 26/10/2015 Oleh WH Cheng Daripada keadaan politik yang sedang kita perhatikan pada hari ini, nampaknya hanya Barisan Nasional (BN) sahajalah yang merupakan sebuah gabungan politik yang “paling kukuh” dan “stabil” dari segi strukturnya jika dibandingkan dengan gabungan parti-parti politik lain yang berkeadaan longgar, dilihat masih berbeza pendapat dan bertelingkah, menyebabkan ianya kelihatan kurang stabil di segi strukturnya. Dan ini adalah apa yang BN, serta para pemimpinnya, sering menegaskan kepada rakyat jelata: bertapa baiknya BN yang dapat membuktikan “kestabilan” dari segi politik dan strukturnya, seterusnya membawa lebih banyak “kebaikan” kepada rakyat dan negara, di samping berusaha mengalihkan perhatian rakyat jelata daripada skandal kewangan dan perlakuan rasuah yang telah dan sedang berlaku di dalam kerajaan pimpinan BN. Manakala di sebelah pihak parti-parti pembangkang pula, kedudukan dan pencapaian mereka masih ...

Tumpukan perhatian terhadap penyelewengan dana kerajaan

Image
Cetusan yang berterusan isu-isu yang berkaitan dengan agama dan perkauman pada hari ini adalah salah satu taktik kotor yang sering dipermain-mainkan oleh parti memerintah untuk memecahbelah serta mengelirukan rakyat jelata, seterusnya mengalihkan perhatian mereka terhadap masalah yang sebenarnya dihadapi oleh rakyat jelata dan negara. Masalah yang paling kritikal yang dihadapi oleh rakyat jelata dan negara pada hari ini adalah penyelewengan dana kerajaan oleh para pemimpin parti memerintah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Audit demi audit, penyiasatan demi penyiasatan, suruhanjaya diraja demi suruhanjaya diraja, dakwaan demi dakwaan dan seterusnya “pengadilan” demi “pengadilan”, namun kesemua bentuk langkah dan tindakan tersebut bagaikan suatu tayangan filem yang tidak ada penamatnya yang mengharapkan rakyat yang menyaksikan babak-babak tersebut akan melupakannya di kemudian hari. Negara kita kini menghadapi serangan bukan sahaja daripada pihak yang berpolitik, malah kini seranga...

Kelemahan kawalan keselamatan dan sempadan negara wajar mendapat perhatian

Image
Pencerobohan dan penculikan oleh kumpulan pengganas di perairan dan pantai Sabah yang berlaku berulang kali dan kini penemuan lebih seratus mayat di kawasan perkuburan yang luas di Wang Kelian, Perlis berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini telah mendapat perhatian umum mengenai tahap keberkesanan kawalan sempadan negara oleh pasukan keselamatan negara kita. Pencerobohan, penculikan dan kini penemuan bilangan mayat yang begitu banyak jelas menunjukkan tahap kawalan sempadan negara kita adalah amat lemah sekali. Setiap kali berlakunya kejadian-kejadian seperti berikut, kerajaan pusat dan pasukan keselamatan tidak seharusnya memberikan pelbagai bentuk alasan yang remeh kononnya kawasan tersebut adalah terpencil, kekurangan anggota, ketidakcanggihan peralatan dan sebagainya. Kesemua bentuk kekurangan tersebut tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk membiarkan sempadan negara kita di dalam keadaan tidak terkawal sehinggakan berlaku pencerobohan, penculikan, kematian,...

Agama, di antara kepercayaan dan kemurniaan mental. Kerpecayaan membabi buta penyebab ekstremis merebak

Image
Semua agama di sekeliling kita boleh didefinasikan kepada dua kategori, iaitu agama yang diamalkan dengan hanya berdasarkan kepercayaan manakala satu lagi adalah agama yang diamalkan berpandukan kepada kemurniaan dan kesedaran mental seseorang penganut atau pengamal. Mereka yang menganuti sesuatu agama dengan hanya berpandukan kepada kepercayaan semata-mata dan bukannya melalui kemurniaan mental, berpendapat bahawa mereka dapat memperoleh kemurniaan dengan cara yang sedemikian. Para penganut yang hanya berpandukan kepada kepercayaan sering menegaskan bahawa kemurniaan seseorang tidak akan dapat dicapai dengan hanya bergantung kepada pembaikan moral dan kesempurnaan. Akan tetapi, kami berpendapat bahawa pergantungan penganut kepada hanya kepercayaan adalah kurang tepat di dalam aspek pengamalan, sebaliknya kemurniaan di dalam pemikiran dan kebijaksanaan kitalah yang dapat membendung gejala fahaman dan kepercayaan kurang tepat ataupun sesat. Bagi memahami apa itu kebenaran, ke...

Salahguna kuasa dan rasuah dalam kerajaan. Mampukan PAC tangani masalah ini?

Image
Hampir pada setiap tahun, Ketua Audit Negara mengumumkan laporan tahunannya yang melibatkan kerugian berbilion-bilion Ringgit kerajaan akibat daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang sering dilakukan oleh para penjawat awam dan pihak-pihak yang bersekongkol dengan mereka yang terdiri daripada kontraktor dan pembekal-pembekal yang dilantik. Dan hampir pada setiap tahun juga, Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) menunjukkan aksiny yang tidak berpuashati dengan pelbagai karenah-karenah yang telah menyebabkan kerugian berbilion-bilion Ringgit tersebut. Peringatan demi peringatan dikeluarkan oleh PAC, penyiasatan demi penyiasatan yang dilaksanakan oleh PAC, keterangan demi keterangan turut dicatat daripada setiap penjawat-penjawat awam yang terlibat. Namun, tindakan dan langkah-langkah yang diambil oleh PAC tidak diendahkan langsung oleh para pemimpin negara, malah yang lebih buruk lagi perdana menteri itu sendiri juga tidak menyokong langkah-langkah PAC untuk cuba menghapuska...

Laporan Audit: Salahguna kuasa dan rasuah berterusan

Oleh Viktor Wong Di sebalik janji-janji perdana menteri dan presiden Umno Datuk Najib Razak untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam kerajaannya, melalui Program Transformasi Ekonomi dan sebagainya, jentera pentadbirannya masih dicacati pelbagai perbuatan yang dianggap menyalahi undang-undang, seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, penggelapan wang kerajaan dan sebagainya. Ini dengan jelas telah menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memainkan peranan mereka dengan aktif di dalam memerangi gejala ini yang kian berterusan bahkan bertambah, sama seperti mengikut keturunan. Hampir pada setiap tahun, apabila laporan yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara, maka terdedahlah pelbagai perbuatan yang jelas menunjukkan bahawa penyalahgunaan kuasa dan rasuah amat meluas sekali di dalam sektor awam. Namum demikian, kerajaan BN yang di bawah pimpinan Najib telah gagal menunjukkan ketegasan mereka di dalam memerangi perbuatan yang tidak bermoral ini. In...