Posts

Showing posts with the label Parti Politik

Hidupkan semula pilihanraya kerajaan tempatan

Image
Akhirnya, rakyat Malaysia telah memilih perubhahan dengan mengundi memastikan kekalahan Barisan Nasional (BN) di dalam pilihanraya umum ke-14 (PRU14) yang lalu yang turut dikenali dengan singkatannya 905. BN telah memerintah negara ini lebih daripada 60 tahun lamanya dan kini terpaksa akur kepada kehendak rakyat yang inginkan mereka menduduki barisan pembangkang pada penggal ini. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru di Putrajaya, tanpa membuang masa terus melaksanakan beberapa siri perubahan seperti yang telah dijanjikan di dalam kempen PRU14 yang lalu. Sehinggalah pada PRU14 ini, rakyat Malaysia hanya keluar mengundi untuk memilih wakil-wakil merek bagi peringkat parlimen dan dewan-dewan undangan negeri (DUN). Di negara lain, bukan sahaja pilihanraya umum diadakan untuk parlimen dan DUN, bahkan ianya juga diadakan bagi memilih kerajaan-kerajaan tempatan. Ahli-ahli Dewan-dewan Bandaraya, Majlis-majlis Perbandaran dan Majlis-majlis Daerah, semuanya adalah dipilih secara langsung o...

Di manakah halatuju negara kita?

Rencana ini telah diterbitkan di dalam Aliran.com pada 26/10/2015 Oleh WH Cheng Daripada keadaan politik yang sedang kita perhatikan pada hari ini, nampaknya hanya Barisan Nasional (BN) sahajalah yang merupakan sebuah gabungan politik yang “paling kukuh” dan “stabil” dari segi strukturnya jika dibandingkan dengan gabungan parti-parti politik lain yang berkeadaan longgar, dilihat masih berbeza pendapat dan bertelingkah, menyebabkan ianya kelihatan kurang stabil di segi strukturnya. Dan ini adalah apa yang BN, serta para pemimpinnya, sering menegaskan kepada rakyat jelata: bertapa baiknya BN yang dapat membuktikan “kestabilan” dari segi politik dan strukturnya, seterusnya membawa lebih banyak “kebaikan” kepada rakyat dan negara, di samping berusaha mengalihkan perhatian rakyat jelata daripada skandal kewangan dan perlakuan rasuah yang telah dan sedang berlaku di dalam kerajaan pimpinan BN. Manakala di sebelah pihak parti-parti pembangkang pula, kedudukan dan pencapaian mereka masih ...

Perlukah sesebuah gabungan parti politik kekal secara wajib?

Image
Daripada keadaan politik dalam negara ini, kita telahpun dan sedang memerhati beberapa buah gabungan parti-parti politik yang terkini, iaitu Barisan Nasional (BN) yang kekal begitu lama dengan parti komponen utama Umno memonopoli semua aspek keputusan di dalam gabungan dan kerajaan yang diterajui oleh mereka. Di pihak Pakatan Rakyat (PR) pula ianya merupakan sebuah gabungan parti-parti pembangkang utama, PKR, DAP dan PAS yang bekerjasama secara longgar dan masing-masing mempunyai kedudukan yang setaraf di antara satu sama lain. Di tengah-tengah kancah cabar mencabar di antara BN dan PR, terdapat satu lagi alternatif yang kini sedang menonjol, Gabungan Kiri Malaysia (GKM) yang merangkumi gabungan parti politik bercampur dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kini dianggotai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM), sebagai peneraju utama GKM, diikuti dengan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Pusat Sejarah Rakyat dan Collective Intelligence serta beberapa individu yang te...

Pembaharuan Di Dalam Sistem Parlimen

Image
Pada 27 Mei yang lalu, Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia ada menyebut cadangan beliau untuk melaksanakan sesuatu pembaharuan di dalam parlimen selepas beliau mengambil keputusan untuk menarik balik surat perletakan jawatannya. Di antara pembaharuan yang beliau telah sebut adalah, menghidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen, penambahan waktu persoalan terhadap menteri, penambahan bilangan jawatankuasa pilihan parlimen dan cadangan untuk memberikan kuasa kepada Dewan Negara untuk membincang dan meluluskan usul tanpa perlu melalui Dewan Rakyat. Namun demikian, siri pembaharuan yang dikemukakan oleh Pandikar itu tidak meliputi keseluruhan sistem parlimen. Ini adalah kerana sistem parlimen yang ada sekarang, dan jika sekiranya beberapa penambahbaikan seperti yang disebut tadi dilaksanakan terhadapnya, ianya masih berjalan seperti satu cap-getah (rubber-stamp). Ini adalah kerana kuasa yang sepenuhnya di dalam perjalanan dan pengurusan sistem parlimen masih terletak di bawah kua...

Parti-Parti Pembangkang Tanpa Kerusi Parlimen (Non-Parliamentary Opposition Parties)

Image
Pembentukan Jawatankuasa Jurucakap Pemantau (Shadow Spokesperson) Bagi parti-parti pembangkang yang tiada kerusi parlimen atau terjemahan dalam Bahasa Inggeris, “non-parliamentary opposition parties (NPOP)” , mereka sememangnya mempunyai banyak peranan untuk dimainkan walaupun tidak mempunyai ahli-ahli parlimen mahupun ahli-ahli dewan undangan negeri. Di antara peranan utama yang boleh dimainkan oleh NPOP adalah, membentuk suatu jawatankuasa jurucakap pemantau memerhati portfolio kementerian kerajaan dan mengeluarkan kenyataan mengenai perjalanan pengurusan, pentadbiran dan isu-isu yang berkaitan dari masa ke semasa. Untuk pengetahuan ramai, suatu jawatankuasa jurucakap pemantau memerhati portfolio kementerian kerajaan (shadow spokespersons) adalah hampir sama dengan bentuk sebuah kabinet bayangan, tetapi cuma sebutannya berlainan sedikit oleh kerana kedudukannya sebagai NPOP. Pembentukan jawatankuasa jurucakap pemantau memerhati portfolio kementerian kerajaan ini membolehkan par...

PRM-PSM, nak tunggu apa lagi? Gabungan yang paling selari!

Image
Sudahlah dengan karenah yang berlaku di antara Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sehingga kini masih belum nampak sebarang keberkesanan di dalam usaha mereka untuk mewujudkan satu bentuk barisan Sosialis yang baru untuk menggerakkan diri mereka sebagai kuasa ketiga dalam politik negara kita ini. Ini menimbulkan tandatanya sama ada kedua-dua PRM dan PSM benar-benar serius di dalam menawarkan penyelesaian politik mereka secara Sosialis kepada rakyat jelata dan negara pada umumnya. PSM yang sudahpun mengalami suatu bentuk permainan politik Pakatan Rakyat di mana parti tersebut dipermainkan dengan sebegitu sahaja di dalam isu perletakan calon untuk bertanding di dalam pilihanraya umum yang lalu (PRU13). Akibat daripada itu, pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim menjadi mangsa di dalam "sengketanya" dengan Pakatan dan juga pada masa yang sama Barisan Nasional (BN). Apakah status dan kedudukan PSM sekarang di dalam permohonannya untuk menyertai Pa...

Kerjasama PRM-PSM masih belum nampak sebarang kemajuan

Image
Sebelum pilihanraya umum ke-13 (PRU13), Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah beberapa kali berbincang dan mengumumkan bahawa parti berhaluan kiri tersebut sedang mengusahakan suatu bentuk kerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi sama-sama membantu di dalam PRU13 ataupun PRU yang seterusnya. Kenyataan mengenai kerjasama PRM-PSM itu juga dipersetujui oleh beberapa pemimpin PSM itu sendiri. Akan tetapi, kenapa perbincangan tersebut masih dijalankan secara tidak rasmi dan begitu juga dengan pengumuman sebelum ini mengenai cadangan kerjasama di dalam bentuk pakatan masih belum lagi berhasil walaupun sudahpun lebih daripada lima tahun lama berunding? Apakah kedua-dua parti politik yang berfahaman Sosialis itu mempunyai ideologi kiri yang berbeza? Yang difahamkan adalah kedua-dua PSM dan PRM adalah merupakan dua parti berhaluan kiri yang tinggal di negara kita ini dan bilangan keahlian di dalam kedua-dua parti tersebut tidaklah sebesar parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dan Barisa...

PSM dan PRM perlu bentuk NGO dan Kelab-kelab Sosialis

Ekoran daripada pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (UUCA) oleh pihak kerajaan, bagi membenarkan pelajar-pelajar universiti, kolej universiti dan kolej untuk menyertai mana-mana parti politik atau menubuhkan pertubuhan/persatuan di luar kampus, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) harus mengambil kesempatan hasil daripada kelonggaran Akta UUCA itu untuk lebih mendekati golongan muda-mudi dan para pelajar. Daripada kajian yang telah kita laksanakan pada bulan yang lalu, kita telah dapati bahawa golongan muda-mudi dan para pelajar enggan menyertai parti-parti politik walaupun mereka menyokong ideologi dan perjuangan yang diketengahkan oleh parti-parti tersebut oleh kerana beberapa sebab seperti politik kepartian yang berpuak-puak, terlalu banyak isu-isu politik daripada isu-isu yang berkaitan dasar-dasar untuk kepentingan rakyat, ahli-ahli politik lebih mementingkan kedudukan masing-masing, tidak ada harapan dengan hanya setakat menjadi penyo...

Parti Politik Di Mata Golongan Muda

Di dalam Kongres Nasional Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang diadakan pada 17hb November 2013 yang lalu, Presiden PRM, Dr Rohana Ariffin di dalam ucapan dasarnya ada menyebut aliran golongan muda pada hari ini tidak berminat untuk menyertai parti-parti politik. Sebaliknya, golongan ini lebih menumpukan perhatian mereka terhadap pertubuhan-pertubuhan sivil dan kumpulan-kumpulan pendesak (civil societies and pressure groups). Kenyataan Dr Rohana itu ada kebenarannya. Daripada kajian yang kami laksanakan baru-baru ini, aliran tersebut telah mempengaruhi majoriti golongan muda kerana beberapa faktor yang telah dan sedang berlaku di dalam parti-parti politik, baik di sebelah pihak kerajaan (Barisan Nasional), mahupun di sebelah pihak pembangkang (Pakatan Rakyat, dan sebagainya). Antara faktor utama yang menjadi perhatian yang mempengaruhi majoriti golongan muda untuk tidak berkecimpungan di dalam parti-parti politik adalah kegiatan berpuak-puak di dalam parti-parti politik utama yang kia...