Rampasan kuasa, Perikatan Nasional, Kerajaan Pintu Belakang, itulah hakikatnya!
Kami ingin merujuk kepada suatu artikel dalam akhbar theStar yang dikarang oleh seorang penulis bernama Jahaberdeen M. Yunoos, yang merupakan pengasas Pergerakan Rapera (the Rapera Movement) baru-baru ini yang mendakwa kerajaan Perikatan Nasional tetap merupakan sebuah kerajaan pintu hadapan walauapajua dakwaan orang ramai yang mengatakan sebaliknya.
Ingin kami memperingatkan penulis tersebut, jika sekiranya beliau ingin mengketengahkan pendiriannya yang sewajar, usah berselindung di sebalik Yang Di Pertuan Agong (YDPA) bagi mempertahankan segala hujahnya yang dikarang beberapa minggu yang lalu.
Sebaliknya, beliau seharusnya mengarang dan mempertahankan hujah, pendapat dan pendiriannya dengan menggunakan seberapa banyak maklumat dan bukti sahih yang boleh diperolehinya.
Di dalam karangannya beliau ada mengatakan bahawa parti-parti gabungan dalam Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin telah memperoleh sokongan yang mencukupi bagi membentuk kerajaan baru setelah tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan lebih dua minggu sebelum itu dan oleh kerana Perikatan pimpinan Muhyiddin mempunyai jumlah sokongan tersebut, kerajaan yang beliau bentuk selepas itu sememangnya sebuah kerajaan yang sah, bermaksud ianya seharusnya dianggap sebagai sebuah kerajaan pintu hadapan dan bukannya kerajaan piintu belakang, kerana jumlah sokongan yang diperoleh Muhyiddin sememangnya telah diperkenan oleh YDPA yang telah menitahkan agar beliau membentuk kerajaan yang baru.
Apabila penulis itu mengatakan Muhyiddin telah mendapat perkenan YDPA untuk membentuk kerajaan baru dan kami akan mengatakan kedudukan Muhyiddin dan Perikatan adalah sebaliknya, adakah penulis tersebut akan mendakwa yang pendirian kami telah menderhakai perkenan YDPA mengenai pembentukan kerajaan baru tersebut? Kami mencabar penulis tersebut dalam perkara ini.
Perkenan YDPA yang diperolehi Muhyiddin dan Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan baru sebenarnya adalah berdasarkan maklumat secara teknikal yang dibekal kepada baginda kononnya menggambarkan Muhyiddin telah mendapat sokongan yang mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan baru, itu sahaja. Hakikatnya adalah baginda tidak mendapat makluman secara langsung daripada rakyat jelata di seluruh pelusuk negara. Apajua yang cuba dipertahankan oleh penulis tersebut adalah tidak mencukupi bagi membuktikan bahawa kerajaan yang dibentuk oleh Muhyiddin itu bukannya sebuah kerajaan pintu belakang tetapi di mata umum kerajaan tersebut terbentuk hasil daripada rampasan kuasa..
Sebagai memperingati penulis tersebut mengenai kedudukan kerajaan Perikatan Nasional sekarang, kami ingin menegaskan bahawa kerajaan pimpinan Muhyiddin langsung tidak mendapatkan mandat daripada rakyat jelata bagi menjadikannya sebuah kerajaan yang sah dari segi etika, moral dan demokrasi. In adalah kerana kerajaan Perikatan Nasional terbentuk apabila satu puak dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beserta dengan 11 ahli parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah mengambil keputusan untuk berpaling tadah dan meninggalkan kerajaan gabungan Pakatan Harapan sebelum ini.
Sejurus daripada tindakan Bersatu dan 11 ahli parlimen PKR yang berpaling tadah, Umno dan PAS yang kalah di dalam pilihanraya umum yang lalu mengambil kesempatan untuk cuba menggabungkan diri mereka dengan Bersatu dan 11 ahli parlimen tersebut serta memperoleh sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi membentuk sebuah kerajaan baru yang diberi nama Perikatan Nasional.
Ini bermakna kerajaan Perikatan Nasional ini terbentuk hasil daripada pengkhianatan beberapa pihak yang telah diambil kesempatan oleh Umno dan PAS untuk sama-sama memperoleh kuasa semula setelah gagal mendapat mandat dalam pilihanraya umum yang lalu.
Ini yang disebut kerajaan pintu belakang kerana ianya tidak mendapat mandat daripada rakyat melalui pilihanraya umum yang lalu, sebaliknya dapat menjadi kerajaan melalui satu siri rampasan kuasa terancang dengan mengambil kesempatan ke atas pengkhianatan Bersatu dan 11 ahli parlimen terhadap kerajaan Pakatan Harapan serta perletakkan jawatan oleh Tun Dr Mahathir pada masa itu. Penulis tersebut tidak seharusnya menafikan keadaan tersebut.
Pakatan Harapan membentuk kerajaan baru pada 10 Mei 2018 yang lalu setelah mendapat mandat daripada rakyat jelata yang memberikan kemenangan kepadanya dalam pilihanraya umum tersebut.
Selain daripada itu, penulis ada juga cuba menggambarkan keadaan politik di Britain sewaktu perdana menterinya David Cameron hendak meletakkan jawatannya, dan partinya Konservatif telah memilih seorang lagi pemimpin Theresa May untuk menggantikannya.
Ingin kami tegaskan bahawa, sewaktu David Cameron meletakkan jawatannya, Parti Buruh tidak mengambil kesempatan daripada keadaan tersebut untuk cuba “merampas kuasa” dengan bekerjasama dengan Parti Liberal Demokrat kerana mereka tahu bahawa perbuatan tersebut adalah merupakan suatu tindakan yang tidak beretika dan tiada moral.
Tambahan pula, di Britain, parti yang memerintah, iaitu Konservatif bukannya sebuah gabungan parti-parti politik yang berlainan sebaliknya sebuah parti tunggal. Begitu juga dengan di sebelah pembangkang, Parti Buruh, juga merupakan sebuah parti tunggal dan bukannya suatu gabungan parti-parti yang belainan.
Oleh itu, penulis dalam theStar tersebut tidak boleh mengambil pengalaman di Britain itu untuk disamakan dengan apa yang berlaku di negara kita ini, kerana kedua-dua kerajaan dan pihak pembangkang di sini adalah dibentuk melalui penggabungan parti-parti politik kerana tidak ada sebuah parti pun di negara ini yang boleh menjadi sebuah parti tunggal untuk memenangi dan menjadi kerajaan dengan sendiri.
Mengenai perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri sebelum ini, jika sekiranya Umno, PAS, Bersatu dan GPS bermoral dan beretika dari segi politik pada ketika itu, mereka akan membiarkan Pakatan Harapan mencari ataupun mencadangkan seorang pemimpin bagi menggantikan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri yang baru bagi membolehkan Pakatan Harapan menghabiskan tempoh penggalnya sebagai kerajaan minoriti meskipun Pakatan Harapan telah berkurangan jumlahnya.
Akan tetapi, Umno, PAS dan GPS memutuskan untuk mengketepikan soal etika, moral dan demokrasi dan mengambil kesempatan merampas kuasa apabila Bersatu dan 11 ahli parlimen PKR mengkhianati Pakatan Harapan dengan cuba membentuk suatu gabungan baru dengan mendapat satu majoriti mudah yang alternatif.
Ingin kami tegaskan, bahawa Bersatu dan 11 ahli parlimen yang berpaling tadah itu bukan sahaja mengkhianati Pakatan Harapan, bahkan mengkhianati demokrasi dan mandat rakyat yang telah bersungguh-sungguh menyokong dan mengundi mereka melalui tiket Pakatan Harapan pada pilihanraya umum yang lalu.
Oleh yang demikian, pengkhianatan Bersatu dan 11 ahli parlimen tersebut terhadap Malaysia Baru sememangnya tidak dapat dinafikan kerana mereka telah bergabung dengan blok yang ditolak rakyat jelata dalam pilihanraya umum yang lalu untuk membentuk suatu kerajaan yang tidak ada undi sokongan daripada rakyat.
Sejurus daripada itu, kerajaan Perikatan Nasional pada hari ini tetap dianggap kerajaan pintu belakang atau dalam bahasa Inggeris “backdoor government”.
Jangan berselindung di sebalik YDPA atau Raja-raja dalam apajua maklumbalas atau debat mengenai perkara ini. Usah juga mengelak perbincangan pendapat dalam perkara ini dengan tindakan membuat laporan-laporan polis.

Apa gunanya terus menyorok dan menafi di bawah timbunan pasir sedangkan kebenaran telah diketahui umum.