Kelemahan kawalan keselamatan dan sempadan negara wajar mendapat perhatian
Pencerobohan dan penculikan oleh kumpulan pengganas di perairan dan pantai Sabah yang berlaku berulang kali dan kini penemuan lebih seratus mayat di kawasan perkuburan yang luas di Wang Kelian, Perlis berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini telah mendapat perhatian umum mengenai tahap keberkesanan kawalan sempadan negara oleh pasukan keselamatan negara kita. Pencerobohan, penculikan dan kini penemuan bilangan mayat yang begitu banyak jelas menunjukkan tahap kawalan sempadan negara kita adalah amat lemah sekali. Setiap kali berlakunya kejadian-kejadian seperti berikut, kerajaan pusat dan pasukan keselamatan tidak seharusnya memberikan pelbagai bentuk alasan yang remeh kononnya kawasan tersebut adalah terpencil, kekurangan anggota, ketidakcanggihan peralatan dan sebagainya. Kesemua bentuk kekurangan tersebut tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk membiarkan sempadan negara kita di dalam keadaan tidak terkawal sehinggakan berlaku pencerobohan, penculikan, kematian,...