Posts

Showing posts with the label Akauntabiliti

Jawatankuasa pilihan parlimen

Image
Jawatankuasa pilihan parlimen atau dalam bahasa Inggeris, parliamentary select committee dan terkenal dengan singkatan umumnya, PSC adalah suatu bentuk jawatankuasa yang merangkumi ahli-ahli parlimen yang dilantik bagi mengurus atau menyiasat suatu isu ataupun perkara-perkara yang berkepentingan umum. Pembentukan dan fungsi PSC adalah berasal daripada rangkaian sistem berparlimen era British yang menggunapakai model Westminster. Negara-negara seperti Australia, New Zealand, Malaysia dan India turut menggunakan sistem tersebut. Di Britain, contohnya, telah melaksana dan menggunapakai PSC di dalam parlimen negara tersebut sejak daripada tahun 1980 lagi di mana beberapa PSC dibentuk bagi memantau, menyemak-imbang kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan di negara tersebut bagi memastikan ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti di dalam pentadbiran negara tersebut. Para PSC menentukan tajuk, halatuju siasatan, persoalan, peranan mereka sendiri dan mempunyai kuasa untuk men...

Pilihanraya kerajaan tempatan wajar dipulihkan dengan segera

Image
Ramai di antara kita pada hari ini yang tidak pernah melihat, membaca ataupun mengkaji tentang apakah itu pilihanraya kerajaan tempatan. Kerajaan tempatan tidaklah merujuk kepada hanya dewan bandaraya, majlis perbandaran, majlis daerah semata-mata. Kerajaan tempatan juga meliputi pentadbiran di peringkat kampung dan taman perumahan seperti rukun tetangga, majlis pengurusan komuniti kampung (dahulunya dikenali sebagai jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung) dan institusi penghulu. Ini bermakna, institusi kerajaan tempatan ini merangkumi suatu aspek pengurusan kawasan yang luas dan bukan hanya terhad kepada dewan bandaraya ataupun majlis perbandaran. Inilah satu-satunya salahfaham di kalangan pemimpin yang harus diperbetulkan. Persoalan yang seterusnya adalah, kenapa ada di kalangan pemimpin, setelah berkuasa menyatakan kepada umum bahawa pilihanraya kerajaan tempatan ini akan mengakibatkan perbezaan antara kaum menjadi semakin ketara kerana terdapat perbezaan purata penduduk d...

Hidupkan semula pilihanraya kerajaan tempatan

Image
Akhirnya, rakyat Malaysia telah memilih perubhahan dengan mengundi memastikan kekalahan Barisan Nasional (BN) di dalam pilihanraya umum ke-14 (PRU14) yang lalu yang turut dikenali dengan singkatannya 905. BN telah memerintah negara ini lebih daripada 60 tahun lamanya dan kini terpaksa akur kepada kehendak rakyat yang inginkan mereka menduduki barisan pembangkang pada penggal ini. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru di Putrajaya, tanpa membuang masa terus melaksanakan beberapa siri perubahan seperti yang telah dijanjikan di dalam kempen PRU14 yang lalu. Sehinggalah pada PRU14 ini, rakyat Malaysia hanya keluar mengundi untuk memilih wakil-wakil merek bagi peringkat parlimen dan dewan-dewan undangan negeri (DUN). Di negara lain, bukan sahaja pilihanraya umum diadakan untuk parlimen dan DUN, bahkan ianya juga diadakan bagi memilih kerajaan-kerajaan tempatan. Ahli-ahli Dewan-dewan Bandaraya, Majlis-majlis Perbandaran dan Majlis-majlis Daerah, semuanya adalah dipilih secara langsung o...

Adakah RUU SIP akan berjaya dan berkesan?

Image
Rang Undang-undang Skim Insurans Pekerja (RUU SIP) yang telah dibentangkan buat kali pertama di parlimen yang bertujuan untuk membantu para pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat ditamatkan perkhidmatan dijangka tidak akan begitu membebankan para pekerja disektor swasta. Namun, ianya masih bergantung kepada bagaimana skim ini akan dilaksana dan diuruskan kelak. Ia merupakan satu perbelanjaan tambahan buat majikan dan para pekerja sepertimana caruman yang dibuat selama ini kepada PERKESO dan KWSP. Perniagaan dan industri kecil dan sederhana (SME) dijangka memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri kerana kumpulan inilah yang merasai impaknya terhadap kos operasi mereka, sementara syarikat gergasi tidak akan merasai impak terhadap kos tersebut kerana kadar caruman yang masih kecil. RUU SIP yang belum selesai pembentangannya telahpun ditunda ke bulan Oktober ini akan mewajibkan majikan dan pekerja mencarum ke dalam SIP berdasarkan kadar yang bakal ditetapkan mengikut tangga ga...

Tumpukan perhatian terhadap penyelewengan dana kerajaan

Image
Cetusan yang berterusan isu-isu yang berkaitan dengan agama dan perkauman pada hari ini adalah salah satu taktik kotor yang sering dipermain-mainkan oleh parti memerintah untuk memecahbelah serta mengelirukan rakyat jelata, seterusnya mengalihkan perhatian mereka terhadap masalah yang sebenarnya dihadapi oleh rakyat jelata dan negara. Masalah yang paling kritikal yang dihadapi oleh rakyat jelata dan negara pada hari ini adalah penyelewengan dana kerajaan oleh para pemimpin parti memerintah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Audit demi audit, penyiasatan demi penyiasatan, suruhanjaya diraja demi suruhanjaya diraja, dakwaan demi dakwaan dan seterusnya “pengadilan” demi “pengadilan”, namun kesemua bentuk langkah dan tindakan tersebut bagaikan suatu tayangan filem yang tidak ada penamatnya yang mengharapkan rakyat yang menyaksikan babak-babak tersebut akan melupakannya di kemudian hari. Negara kita kini menghadapi serangan bukan sahaja daripada pihak yang berpolitik, malah kini seranga...

Kelemahan kawalan keselamatan dan sempadan negara wajar mendapat perhatian

Image
Pencerobohan dan penculikan oleh kumpulan pengganas di perairan dan pantai Sabah yang berlaku berulang kali dan kini penemuan lebih seratus mayat di kawasan perkuburan yang luas di Wang Kelian, Perlis berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini telah mendapat perhatian umum mengenai tahap keberkesanan kawalan sempadan negara oleh pasukan keselamatan negara kita. Pencerobohan, penculikan dan kini penemuan bilangan mayat yang begitu banyak jelas menunjukkan tahap kawalan sempadan negara kita adalah amat lemah sekali. Setiap kali berlakunya kejadian-kejadian seperti berikut, kerajaan pusat dan pasukan keselamatan tidak seharusnya memberikan pelbagai bentuk alasan yang remeh kononnya kawasan tersebut adalah terpencil, kekurangan anggota, ketidakcanggihan peralatan dan sebagainya. Kesemua bentuk kekurangan tersebut tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk membiarkan sempadan negara kita di dalam keadaan tidak terkawal sehinggakan berlaku pencerobohan, penculikan, kematian,...

Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Kenapa ianya begitu penting?

Image
Baru-baru ini Presiden PAS Haji Hadi Awang telah menyuarakan pendapatnya mengenai pilihanraya kerajaan tempatan dan mengapa PAS enggan menyokong saranan PKR, DAP, PSM, PRM, Bersih 2.0 dan masyarakat pada keseluruhannya agar PAS turut menyokong usul tersebut. Alasan pemimpin PAS itu adalah, pilihanraya kerajaan tempatan akan menyebabkan Peristiwa 13 Mei itu tercetus semula. Sebabnya adalah, pilihanraya kerajaan tempatan ini akan menyebabkan masyarakat Melayu dipencilkan sama sekali kerana diperingkat perbandaran dan bandaraya hanya terdiri daripada masyarakat bukan Melayu. Apakah pemimpin PAS itu telah lupa bahawa politik jijiklah yang menyebabkan masyarakat berbilang kaum di negara kita ini berpecahbelah. Kalaulah sesuatu pilihanraya adalah penyebab berpecahnya perpaduan kaum ataupun sesuatu kaum dianaktirikan, maka boleh dikatakan, pilihanraya parlimen dan dewan undangan negeri turut mempunyai elemen-elemen sedemikian, kerana pembahagian kerusi-kerusi parlimen dan dewan undanga...