Posts

Showing posts with the label Kabinet Bayangan

PH perlu mara dan tegas pertahankan pembaharuannya

Image
Kini telah genap lebih sebulan kerajaan pemberontak yang dianggotai oleh Perikatan Nasional (PN) memerintah negara kita berikutan kejayaan rampasan kuasa mereka pada hujung February 2020 lalu, di mana kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditumbangkan oleh suatu siri pemberontakan yang dipelopori Bersatu dan 11 ahli parlimen yang menyokong Azmin Ali di dalam gabungan kerajaan terdahulu. Masa telah tiba bagi pucuk pimpinan PH untuk menyusun semula strategi mereka dan adalah perlu bagi mereka meneruskan perlaksanaan pembersihan dalaman parti-parti kompenen PH setelah melihat ramai di antara pemimpin dan wakil-wakil rakyat mereka memberontak dan berpaling tadah setelah bersetuju menerima tawaran-tawaran yang agak lumayan daripada kepimpinan kerajaan pemberontak PN. Perkara utama yang PH perlu berikan tumpuan adalah memastikan beberapa siri pembaharuan yang telah dirancang oleh kepimpinan mereka sewaktu berkerajaan sebelum ini diteruskan melalui kerajaan pemberontak PN dengan pemantauan dan pe...

Parti-Parti Pembangkang Tanpa Kerusi Parlimen (Non-Parliamentary Opposition Parties)

Image
Pembentukan Jawatankuasa Jurucakap Pemantau (Shadow Spokesperson) Bagi parti-parti pembangkang yang tiada kerusi parlimen atau terjemahan dalam Bahasa Inggeris, “non-parliamentary opposition parties (NPOP)” , mereka sememangnya mempunyai banyak peranan untuk dimainkan walaupun tidak mempunyai ahli-ahli parlimen mahupun ahli-ahli dewan undangan negeri. Di antara peranan utama yang boleh dimainkan oleh NPOP adalah, membentuk suatu jawatankuasa jurucakap pemantau memerhati portfolio kementerian kerajaan dan mengeluarkan kenyataan mengenai perjalanan pengurusan, pentadbiran dan isu-isu yang berkaitan dari masa ke semasa. Untuk pengetahuan ramai, suatu jawatankuasa jurucakap pemantau memerhati portfolio kementerian kerajaan (shadow spokespersons) adalah hampir sama dengan bentuk sebuah kabinet bayangan, tetapi cuma sebutannya berlainan sedikit oleh kerana kedudukannya sebagai NPOP. Pembentukan jawatankuasa jurucakap pemantau memerhati portfolio kementerian kerajaan ini membolehkan par...

Fungsi Kabinet Bayangan dan Masalahnya di negara ini

Image
Tajuk mengenai pembentukan kabinet bayangan (shadow cabinet) timbul sekali lagi setelah Datuk Ser Dr Wan Azizah Ismail mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Permatang Pauh yang baru dan seterusnya menerima perlantikan sebagai ketua pembangkang parlimen yang baru menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehingga pada hari ini, ramai di antara kita masih belum faham ataupun kurang jelas mengenai apakah itu kabinet bayangan sebenarnya dan apakah fungsi-fungsinya di barisan parti-parti pembangkang di dalam parlimen. Kabinet bayangan adalah sebuah institusi yang dibentuk dan dikelolakan oleh barisan parti-parti pembangkang di dalam parlimen ataupun dewan perwakilan. Ianya berfungsi untuk memantau dan menyemak imbang (check and balance) segala perlaksanaan dan perjalanan pentadbiran kabinet kerajaan yang ditubuhkan oleh parti-parti yang memerintah. Biasanya, kabinet bayangan dibentuk seiring dengan barisan kabinet kerajaan yang ditubuhkan mengikut portfolio-portfolio kementerian yang tela...

Kenapa PAS rasis sangat dalam isu kabinet bayangan?

Image
Baru-baru ini DAP telah mengumumkan barisan kabinet bayangannya sendiri setelah melihat keadaan kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang fungsinya tidak begitu berkesan sejak 2008. Maklumbalas daripada PAS adalah pembentukan kabinet bayangan oleh DAP itu merupakan suatu tindakan parti tersebut untuk memperkukukan kedudukannya sebagai parti komponen utama di dalam Pakatan Rakyat dan seterusnya bercadang untuk mentadbir negara ini secara sendiri apabila berkuasa kelak dengan mewujudkan sebuah “kerajaan Cina”. Beginilah kenyataan yang dibuat oleh presiden PAS Abdul Hadi Awang. Kenapa pula PAS ingin memperbesarkan isu kabinet bayangan DAP itu dengan melibatkan isu perkauman? Apa kena mengena isu kabinet bayangan dengan sesuatu kaum? DAP membentuk kabinet bayangannya sendiri sambil juga mengajak rakan-rakannya PKR dan PAS untuk juga membentuk kabinet bayangan masing-masing bagi memperkukuhkan lagi kaedah dan amalan semak dan imbang (check and balance) terhadap kerajaan Umno agar pentad...