Posts

Showing posts with the label Diktator BN

Apakah motif sebenar dan halatuju para perosak undi?

Image
Baru-baru ini timbul pula suatu kempen yang menggalakkan rakyat jelata agar merosakkan undi mereka di dalam pilihanraya umum yang akan datang dengan tidak mengundi mana-mana pihak, yakni merosakkan kertas-kertas undi mereka. Kempen undi rosak tersebut dipimpin oleh Maryam Lee, seorang ahli jawatankuasa Gabungan Kiri Malaysia (Left Coalition Malaysia) yang turut disertai oleh beberapa orang ahli gabungan tersebut yang bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat jelata bertapa tidak tentu arahnya halatuju politik di dalam negara kita pada hari ini. Negara kita sudah pun lama “dibinasakan” oleh Barisan Nasional dan para pemimpinnya pada hari ini. Dan kita juga telah menyedari bahawa gabungan parti-parti pembangkang Pakatan Harapan juga telahpun mengumumkan barisan kepimpinannya yang bakal membawa gabungan parti-parti pembangkang itu menghadapi BN pada pilihanraya umum yang akan datang. Sewaktu kepimpinan PH diketengahkan di kalangan umum, ramai yang terkejut, gembira dan malah ada...

Pembaharuan Di Dalam Sistem Parlimen

Image
Pada 27 Mei yang lalu, Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia ada menyebut cadangan beliau untuk melaksanakan sesuatu pembaharuan di dalam parlimen selepas beliau mengambil keputusan untuk menarik balik surat perletakan jawatannya. Di antara pembaharuan yang beliau telah sebut adalah, menghidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen, penambahan waktu persoalan terhadap menteri, penambahan bilangan jawatankuasa pilihan parlimen dan cadangan untuk memberikan kuasa kepada Dewan Negara untuk membincang dan meluluskan usul tanpa perlu melalui Dewan Rakyat. Namun demikian, siri pembaharuan yang dikemukakan oleh Pandikar itu tidak meliputi keseluruhan sistem parlimen. Ini adalah kerana sistem parlimen yang ada sekarang, dan jika sekiranya beberapa penambahbaikan seperti yang disebut tadi dilaksanakan terhadapnya, ianya masih berjalan seperti satu cap-getah (rubber-stamp). Ini adalah kerana kuasa yang sepenuhnya di dalam perjalanan dan pengurusan sistem parlimen masih terletak di bawah kua...

Reformasi Hak Asasi Terabai Di Malaysia

Image
Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan (HRW) Perdana Menteri Najib Razak memungkiri janji beliau untuk memansuhkan undang-undang hasutan Malaysia dan turut memerhati tangkapan beramai-ramai ahli politik pembangkang serta aktivis sosial, kata Human Rights Watch hari ini dalam Laporan Dunia 2015 (World Report 2015). Pihak berkuasa meneruskan pendakwaan yang bermotifkan politik terhadap ahli parlimen dari parti pembangkang, Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat. “Penukaran haluan yang memalukan oleh Perdana Menteri Najib terhadap janji beliau untuk menghentikan hasutan menunjukkan kerelaan beliau untuk mendahulukan politik sebelum hak asasi manusia,” kata Phil Robertson , Timbalan Pengarah Asia, Human Rights Watch. “Situasi hak asasi manusia di Malaysia sedang menjunam kerana kerajaan jelasnya percaya bahawa kelangsungan pemerintahan mereka bergantung kepada kengkangan terhadap kebebasan bersuara, ancaman terhadap kumpulan-kumpulan pembangkang, dan sasaran terhadap golongan yang terkemuka serta b...