Posts

Showing posts with the label Dendam

Pembatalan peruntukan semua ahli parlimen Pakatan Harapan dan Bersatu yang menyokong Mahathir

Image
Baru-baru ini beberapa ahli parlimen Pakatan Harapan dan Bersatu yang menyokong Tun Dr Mahathir telah dimaklumkan bahawa peruntukan parlimen untuk kawasan masing-masing telah dibatalkan oleh Unit Pelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU-JPM). Kami ingin mempersoal tindakan perdana menteri kerajaan Perikatan Nasional, kenapa beliau bertindak membatalkan peruntukan kepada semua ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan dan Bersatu yang menyokong tidak sehaluan dengannya? Kenapa Mhyiddin bertindak demikian? Adakah beliau bermotifkan dendam semata-mata? Kerajaan Perikatan Nasional yang merangkumi Umno, PAS dan Bersatu perlu ingat bahawa, sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan, semua ahli-ahli parlimen pembangkang ketika itu, Umno dan PAS turut diberikan peruntukan untuk kawasan parlimen yang mereka duduki, tetapi kenapa sekarang, apabila Perikatan Nasional mengambil-alih tampuk pemerintahan, cara dan layanan tersebut telah berubah kepada yang asal, yakni seperti zaman pemerintahan Um...

Reformasi Hak Asasi Terabai Di Malaysia

Image
Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan (HRW) Perdana Menteri Najib Razak memungkiri janji beliau untuk memansuhkan undang-undang hasutan Malaysia dan turut memerhati tangkapan beramai-ramai ahli politik pembangkang serta aktivis sosial, kata Human Rights Watch hari ini dalam Laporan Dunia 2015 (World Report 2015). Pihak berkuasa meneruskan pendakwaan yang bermotifkan politik terhadap ahli parlimen dari parti pembangkang, Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat. “Penukaran haluan yang memalukan oleh Perdana Menteri Najib terhadap janji beliau untuk menghentikan hasutan menunjukkan kerelaan beliau untuk mendahulukan politik sebelum hak asasi manusia,” kata Phil Robertson , Timbalan Pengarah Asia, Human Rights Watch. “Situasi hak asasi manusia di Malaysia sedang menjunam kerana kerajaan jelasnya percaya bahawa kelangsungan pemerintahan mereka bergantung kepada kengkangan terhadap kebebasan bersuara, ancaman terhadap kumpulan-kumpulan pembangkang, dan sasaran terhadap golongan yang terkemuka serta b...

Agama, di antara kepercayaan dan kemurniaan mental. Kerpecayaan membabi buta penyebab ekstremis merebak

Image
Semua agama di sekeliling kita boleh didefinasikan kepada dua kategori, iaitu agama yang diamalkan dengan hanya berdasarkan kepercayaan manakala satu lagi adalah agama yang diamalkan berpandukan kepada kemurniaan dan kesedaran mental seseorang penganut atau pengamal. Mereka yang menganuti sesuatu agama dengan hanya berpandukan kepada kepercayaan semata-mata dan bukannya melalui kemurniaan mental, berpendapat bahawa mereka dapat memperoleh kemurniaan dengan cara yang sedemikian. Para penganut yang hanya berpandukan kepada kepercayaan sering menegaskan bahawa kemurniaan seseorang tidak akan dapat dicapai dengan hanya bergantung kepada pembaikan moral dan kesempurnaan. Akan tetapi, kami berpendapat bahawa pergantungan penganut kepada hanya kepercayaan adalah kurang tepat di dalam aspek pengamalan, sebaliknya kemurniaan di dalam pemikiran dan kebijaksanaan kitalah yang dapat membendung gejala fahaman dan kepercayaan kurang tepat ataupun sesat. Bagi memahami apa itu kebenaran, ke...