Kembalikan tanggungjawab pembangunan dan pengurusan rumah-rumah kos rendah kepada kerajaan-kerajaan negeri
Oleh WH Cheng
Pelbagai masalah dan persoalan yang timbul, malah adakala Umno juga cuba menghubung kaitkan masalah tersebut dengan penindasan terhadap masyarakat Melayu, khususnya di negeri-negeri Selangor dan Pulau Pinang.
Jika diteliti dengan lebih mendalam, masalah sebenarnya yang sering timbul di dalam perancangan, pembangunan dan pengurusan rumah-rumah kos rendah bukannya sengaja disasarkan terhadap masyarakat Melayu seperti yang sering didakwa oleh Umno tetapi ianya lebih kepada terlalu banyak pihak yang dipertanggungjawabkan di dalam peranan ini, yang mengakibatkan peranan yang bertindih, malah ada yang bertentangan antara satu sama lain dan yang lebih teruk lagi, pihak-pihak ini sering berlumba-lumba untuk memastikan jumlah rumah kos rendah yang dibina oleh mereka ini melebihi di antara satu sama lain.
Persoalan utama di sini adalah, adakah penyediaan rumah-rumah kos rendah yang giat diusahakan oleh banyak pihak berjaya menepati permintaan rakyat jelata, seperti lokasi kemudahan tersebut, sama ada ianya berdekatan dengan kawasan yang membekalkan keperluan harian, mempunyai kemudahan pengangkutan awam dan pendidikan, berdekatan dengan tempat kerja para pemohon dan sebagainya?
Sehingga pada masa kini agensi-agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk merancang dan menguruskan kemudahan rumah kos rendah ini adalah terlalu banyak sehinggakan ianya sering mengelirukan rakyat jelata dari segi pembahagiannya, tawaran, kelayakan, dasar serta kaedah-kaedah permohonannya.
Terlalu banyak skim dan agensi kerajaan terlibat
Pihak-pihak yang terlibat adalah terlalu banyak, seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar & Wilayah (melalui Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayahnya); Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan; Jabatan Perumahan Negara; Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB); Kementerian Wilayah Persekutuan; Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA); Bahagian Perumahan Jabatan Perdana Menteri; serta Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri masing-masing.
Antara projek-projek yang kini diketengahkan kepada umum adalah, PR1MA, PPA1M, RMMPP, RMM SPNB,RMMWiP, MyHOME, Rumah Selangorku, DPR Johor, PPR, PBR, serta banyak lagi gelaran-gelaran yang diberikan kepada projek-projek yang berasingan.
Dari segi perancangan, didapati juga bahawa kesemua agensi-agensi yang merancang dan mengurusan kemudahan rumah kos rendah ini langsung tidak berhubung di antara satu sama lain kerana masing-masing asyik berlumba-lumba untuk memenuhi sasaran masing-masing dan lupa akan apakah kehendak dan citarasa rakyat jelata. Adakah agensi-agensi yang bertanggungjawab ini hanya setakat berkata “kalau nak beli mai, kalau tak nak baik belah aje” apabila rakyat jelata merungut mengenai ketidaksesuaian rumah-rumah kos rendah tersebut?
Adakah penyediaan rumah-rumah kos rendah hanya untuk memenuhi citarasa politik pihak-pihak tertentu, khususnya Umno yang sering mengaitkannya dengan isu-isu perkauman dan agama?
Di manakah perancangan dan penyelarasan yang sebenarnya di dalam membangunkan kemudahan perumahan kos rendah tersebut? Di manakah tahap professionalisme agensi-agensi tersebut di dalam perkara tersebut? Adakah projek-projek yang dimajukan ini berjaya memenuhi keperluan rakyat jelata?
Jawapannya adalah tidak. Banyak rumah-rumah kos rendah yang telah siap dibina masih kosong dan tidak ada pembeli yang beminat terhadapnya. PR1MA telahpun gagal, begitu juga dengan projek-projek lain yang telah dibangunkan, kurang mendapat sambutan. Rakyat jelata merungut bahawa rumah-rumah kos rendah ini sering dibina di kawasan-kawasan yang jauh daripada kemudahan awam, infrastruktur, pendidikan dan tempat kerja, justeru menyebabkan rakyat tidak berminat terhadap rumah-rumah kos rendah yang disediakan itu.
Adakah Umno kemudiannya akan mengatakan PR1MA tidak mendapat sambutan kerana hasutan parti-parti pembangkang?

Pemusatan kuasa bukan penyelesaian berkesan
Kini Bank Negara Malaysia (BNM) mencadangkan agar perancangan, penyediaan dan pengurusan rumah-rumah kos rendah dipusatkan di sebuah agensi yang akan dibentuk secara khusus di Putrajaya, seperti apa yang telah berjaya dilaksanakan oleh Singapura, melalui Lembaga Pembangunan Perumahan (Housing Development Board-HDB).
Cadangan pemusatan kuasa oleh BNM itu sememangnya tidak dapat diterima kerana faktor geografi yang berbeza di antara Malaysia dan Singapura. Jika sekiranya Malaysia menerima pakai kaedah yang sama seperti HDB di Singapura, adalah dibimbangi gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan berlaku di dalam pengurusan kemudahan tersebut.
Di negara kita ini sudahpun terkenal dengan kaedah pemusatan kuasa yang berlebihan di dalam pelbagai aspek, malah yang lebih teruk lagi mempunyai pertindihan yang berleluasa sehinggakan ia mengakibatkan kekeliruan dan ketidakberkesanan di dalam pentadbiran dan pengurusan. Sehingga pada hari ini, apakah portfolio pemusatan kuasa yang berjaya dan berkesan? Yang pasti, tidak ada satu pun yang berjaya dan berkesan, malah ianya lebih memburukkan keadaan, malah yang berlaku hanyalah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan dalam pentadbiran.
Perlu ditekankan bahawa Putrajaya tidak sepatutnya campurtangan di dalam hal tersebut kerana tindakan mereka ini telah memburukkan lagi keadaan, apatah lagi masalah tersebut sering dipolitikkan oleh parti memerintah Umno untuk mengelirukan keadaan semasa bagi mempergunakan sentimen rakyat jelata untuk menentang dan mengecam pihak-pihak yang tidak sependapat dengan Putrajaya.
Untuk meredakan keadaan sekarang, kerajaan-kerajaan negeri perlu dipertanggungjawab dengan sepenuhnya di dalam perancangan, pembangunan dan pengurusan rumah-rumah kos rendah ini kerana kerajaan-kerajaan negerilah yang lebih arif dengan keadaan di negeri masing-masing daripada pemerintah pusat. Putrajaya hanya perlu menggubal dasar dan undang-undang yang sesuai bagi memperuntukan bantuan dan keperluan yang secukupnya kepada negeri-negeri bagi membolehkan kemudahan tersebut dibangunkan mengikut keadaan masing-masing.
Oleh yang demikian, kembalikan peranan tersebut kepada kerajaan-kerajaan negeri dan janganlah asyik mempolitikkan keadaan tersebut kerana rakyat jelatalah yang akan menderita apabila masalah bekalan perumahan menjadi semakin tenat.