Adakah RUU SIP akan berjaya dan berkesan?
Rang Undang-undang Skim Insurans Pekerja (RUU SIP) yang telah dibentangkan buat kali pertama di parlimen yang bertujuan untuk membantu para pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat ditamatkan perkhidmatan dijangka tidak akan begitu membebankan para pekerja disektor swasta. Namun, ianya masih bergantung kepada bagaimana skim ini akan dilaksana dan diuruskan kelak.
Ia merupakan satu perbelanjaan tambahan buat majikan dan para pekerja sepertimana caruman yang dibuat selama ini kepada PERKESO dan KWSP. Perniagaan dan industri kecil dan sederhana (SME) dijangka memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri kerana kumpulan inilah yang merasai impaknya terhadap kos operasi mereka, sementara syarikat gergasi tidak akan merasai impak terhadap kos tersebut kerana kadar caruman yang masih kecil.
RUU SIP yang belum selesai pembentangannya telahpun ditunda ke bulan Oktober ini akan mewajibkan majikan dan pekerja mencarum ke dalam SIP berdasarkan kadar yang bakal ditetapkan mengikut tangga gaji seseorang.
Setelah rundingan diadakan di antara kerajaan pusat, persekutuan majikan-majikan, persatuan-persatuan pengilangan dan kesatuan-kesatuan sekerja, persetujuan telah dicapai dengan pengurangan kadar caruman majikan dan pekerja masing-masing daripada 0.5% sebelum ini kepada 0.2%.
Adakah SIP ini akan melindungi semua pekerja?
Persoalan yang timbul di sini adalah, adakah SIP ini akan melindungi semua pekerja daripada pelbagai peringkat, taraf dan apajua bentuk kehilangan yang bakal ditemui kelak?
Yang kami fahamkan di sini adalah perlindungan SIP itu tidak akan merangkumi para pekerja di sektor perkhidmatan awam, badan-badan berkanun, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), para pekerja yang digajikan secara kontrak mengikut tempoh dan pekerja swasta yang ditamatkan melalui skim pemisahan bersama (mutual separation scheme-MSS). Kenapa golongan yang disebuat di atas ini perlu dipinggirkan daripada menikmati faedah RUU SIP dengan sewenang-wenangnya?
Selain daripada itu, laporan awal turut menyatakan bahawa hanya pekerja yang bergajikan sebanyak RM4,000 dan ke bawah sahaja yang akan layak menerima bantuan menerusi SIP. Sejak kebelakangan ini, ramai daripada pekerja di bawah golongan kelas menengah yang berpendapatan RM4,000 ke atas turut diberhentikan kerja secara beramai-ramai khususnya daripada undustri kewangan dan sektor minyak dan gas. Jika bukan SIP, apakah rancangan kerajaan yang seterusnya bagi membantu golongan kelas menengah tersebut?
Oleh kerana SIP adalah merupakan suatu bentuk insurans perlindungan, adakah para pencarum akan mendapat kembali caruman dan faedahnya sekali sekiranya pekerja tersebut telah mencapai umur persaraan dan masih belum pernah diberhentikan kerja?
Apakah jamiman peruntukan lama tidak akan dimansuhkan?
Kini, pampasan pemberhentian kerja telahpun ditentukan melalui Akta Pekerjaan 1955 dan Peraturan-peraturan Pemberhentian Pekerja & Faedah pemberhentian Kerja 1980.
Dapatkah kerajaan pusat memberikan jaminan sepenuhnya yang peruntukan-peruntukan yang sedia ada tidak akan dimansuhkan atau dikurangkan sewenang-wenangnya secara beransur-ansur “sebagai gantian” RUU SIP diperkenalkan?
Kerajaan pusat perlu diperingatkan bahawa RUU SIP ini tidak sepatutnya dijadikan sebagai alasan bagi menggantikan pelbagai faedah dan peruntukan mengenai pemberhentian kerja yang sedia ada.
Selain daripada itu, salah satu sebab mengapa ramai pekerja kehilangan pekerjaan mereka secara berterusan ialah kebergantungan ekonomi semasa terhadap bekalan tenaga buruh asing. Jika sekiranya kerajaan pusat tidak mempunyai sebarang rancangan menyeluruh bagi mengurangkan kebergantungan ekonomi terhadap bekalan tenaga buruh asing, bagaimanakah SIP ini dapat dilaksanakan secara berkesan?
Tidak nampak ketelusan
Di dalam RUU SIP tersebut, ianya tidak disebut secara jelas dan terperinci bagaimana SIP ini akan diuruskan dengan cara yang telus.
Ini adalah kerana lembaga pentadbir yang bakal dilantik untuk menguruskan SIP ini majoritinya akan terdiri daripada para pegawai kanan dari sektor awam dan tidak menampakkan sebarang bentuk perwakilan bebas bagi memastikan SIP itu dilaksanakan dengan sempurna, cekap dan bertanggungjawab.
Siapakah yang layak menguruskan pelaburan dari dana SIP, adakah laporan tahunan akan dijana dan diumumkan kepada orang ramai serta sama ada sebuah jawatankuasa parlimen khusus untuk memantau SIP, masih tidak jelas lagi.
Persoalan yang seterusnya, apakah rasionalnya keperluan kerajaan untuk mengumpul dana sebanyak di antara RM1.5 hingga RM1.6 bilion setiap tahun yang merangkumi lima kali ganda pampasan yang dibayar kepada para pekerja yang diberhentikan sewaktu krisis kewangan Asia yang lalu?
Kerajaan pusat harus sedar, pelbagai skandal telah berlaku sebelum ini. Berbilion-bilion ringgit telah hilang dan lesap di bawah 1MDB, Felda, Tabung Haji dan Pusat Urus Zakat, serta laporan juruaudit tahunan yang sering menampakkan penyalahgunaan kuasa di kalangan pegawai kanan kerajaan secara berterusan. Adakah kerajaan pusat dapat menyakini rakyat jelata dan para pelabur yang pembentukan dana yang baru ini akan diuruskan dengan “sebaik-baiknya”? Kita masih belum yakin!
Akhirnya, di kebanyakan negara di benua Asia yang mempunyai skim insurans pekerja yang hampir sama, kerajaan di negara masing-masing turut menyumbang kepada dana kelolaan mereka sebagai langkah bersama untuk mengurangkan beban para pekerja dan majikan di negara-negara tersebut. Kenapa kerajaan pusat enggan menyumbang apajua jumlah bagi membantu para pekerja dan majikan di negara ini supaya langkah tersebut dapat membantu merangsangkan semula ekonomi negara?
Pendapat PSM tidak masuk akal
Baru-baru ini juga Parti Sosialis Malaysia (PSM) ada juga mengeluh bahawa RUU SIP tersebut tidak meliputi sebarang perlindungan terhadap para pekerja asing (migrant workers).
Persoalannya adalah kenapa perlu kita meluaskan perlindungan tersebut kepada para pekerja asing sedangkan para pekerja tempatan masih belum mendapatkan perlindungan yang secukupnya.
Bahkan, sekiranya RUU SIP ini turut melindungi para pekerja asing, maka pembanjiran warga asing ke negara kita akan kian meningkat kerana SIP itu telah menjadi suatu daya tarikan kepada golongan tersebut.
Di dalam suatu forum yang telah diadakan pada bulan May 2017 yang lalu, Sekretariat Bahagian Dasar di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperakui bahawa sejak dari tahun 2016 jumlah pekerja asing yang melanda negara kita telah mencapai angka melebih jumlah penduduk Malaysia masyarakat India.
Selain dari itu, kementerian tersebut turut menjangka menjelang tahun 2034 kemasukan pekerja asing ke negara kita akan menjangkau 7.5 juta orang dan golongan orang asing di negara kita ini akan menduduki tangga kedua selepas masyarakat Melayu/Bumiputra bermula tahun 2040 dengan mengatasi jumlah rakyat Malaysia masyarakat Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli dan sebagainya.
Jadi, adakah PSM inginkan keadaan sedemikian berlaku dalam negara kita ini? Kebajikan dan rakyat negara kita sendiri perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum kita dapat meluaskan sebarang faedah ekonomi atau dana kepada kalangan orang asing.