Mengapa kita perlu belajar teori Marxisme?
oleh Choo Chon Kai Mengapa kita perlu teori sebagai panduan dalam perjuangan rakyat? Bukankah kita dah tahu dunia kita sedang berada dalam krisis? Bukankah kita dah tahu bahawa adanya penindasan dalam masyarakat? Bukankah kita dah tahu bahawa kita perlukan keadilan? Bukankah kita dah tahu bahawa rejim zalim perlu dijatuhkan? Pasal apa lagi nak cakap teori dan ideologi, lawan sahaja lah… teori tu hanya dibincangkan oleh golongan intelektual kan? Sememangnya masyarakat kita sedang berdepan denga pelbagai ancaman krisis dan kita perlu lawan dan terus berjuang. Namun, perjuangan tanpa satu teori untuk memahami keadaan, tiada halatuju yang jelas dan tiada perancangan untuk melangkah ke depan adalah sesuatu tindakan yang membuta-tuli. Itu adalah perjuangan yang tiada hala tuju, hanya sekadar perasaan marah tetapi tidak tahu apa yang sebenarnya nak dicapai pada akhirnya. Oleh yang demikian, kita perlu teori untuk perjuangan. Hanya perjuangan praktikal yang berpandukan teori yang jelas bole...