AMHM penjana harapan Malaysia!
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah NGO - Anak Muda Harapan Malaysia (AMHM) Fahmi Zainol amat menarik perhatian kami dan rakyat jelata kerana seruan yang dikemukakan oleh AMHM menunjukkan golongan anak-anak muda kini kian celik politik dan hal ehwal semasa serta semakin menyeluruh di dalam mengambil berat berkenaan hal berkaitan kepentingan negara. Selain daripada itu, kami juga dapati golongan muda kini lebih mengetahui apa yang telah dan sedang berlaku di dalam negara kita serta keadaan politik yang bergelora sehinggakan hubungan antara kaum terjejas akibat perbuatan sesetengah pihak yang berkepentingan sendiri. Kenyataan dan seruan AMHM berbunyi seperti berikut: 1. Semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama adalah sama rata; 2. Dasar-dasar yang berkiblat kepada satu kaum sahaja perlu dimansuhkan; 3. Sekolah-sekolah dan pendidikan beraliran kaum-kaum berasingan hendaklah juga dimansuhkan. Dan kesemua di atas perlulah digantikan dengan suatu dasar yang mement...