Posts

Showing posts with the label Hak Asasi Manusia

Maksud Kebebasan Bersuara

Image
Oleh WH Cheng, Aliran.com 24/2/2015 Apakah yang dikatakan kebebasan bersuara? Ramai yang tertanya-tanya, di manakah hadnya, adakah ianya tidak ada had dan adakah kebebasan bersuara ini hanya hak eksklusif golongan-golongan yang tertentu sahaja? Ya, ramai di antara kita memahami apa yang tersirat, tetapi pada hari ini, kita semua semakin dihantui dengan ketidakadilan di dalam keadaan yang tidak menentu sekarang. Di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, ianya menyebut kebebasan bersuara, berkumpul dan berpersatuan adalah hak setiap rakyat di negara ini. Ianya juga memperuntukan sekatan, kawalan dan undang-undang tertentu bagi menghadkan kebebasan bersuara, berkumpul dan berpersatuan – tetapi apakah itu hadnya ataupun senarai-senarai yang terlarang langsung tidak termaktub di dalam mana-mana undang-undang yang sedia ada. Persoalannya, adakah kandungan-kandungan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan itu bertentangan di antara satu sama lain? Ataupun kandungan manakah yan...

Revolusi Sosialis dan Perjuangan Untuk Demokrasi

Oleh V.I.L. Revolusi Sosialis bukanlah sesuatu tindakan tunggal, bukanlah suatu pertempuran tunggal dalam satu barisan yang tunggal, namun adalah keseluruhan jaman konflik-konflik klas yang semakin intensif, sebuah rangkaian panjang pertempuran di seluruh front, iaitu pertempuran seputar semua masalah ekonomi, sosial dan politik, yang dapat memuncak hanya dalam pengambilalihan hak-milik kaum borjuasi. Akan menjadi kesalahan pokok untuk menganggap bahawa perjuangan untuk demokrasi dapat membelokkan proletariat dari revolusi sosialis, atau menghalang-halangi, atau mengaburkannya, dsb. Sebaliknya, seperti halnya sosialisme tidak dapat menang kecuali kalau sosialisme memajukan demokrasi seutuhnya, maka proletariat tidak akan mampu menyiapkan kemenangan terhadap borjuasi kecuali kalau proletariat melancarkan perjuangan yang luas, konsisten dan revolusioner untuk demokrasi. Akan juga menjadi kesalahan untuk menghilangkan poin apapun dari program demokratik, sebagai contoh, poin hak pene...

Reformasi Hak Asasi Terabai Di Malaysia

Image
Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan (HRW) Perdana Menteri Najib Razak memungkiri janji beliau untuk memansuhkan undang-undang hasutan Malaysia dan turut memerhati tangkapan beramai-ramai ahli politik pembangkang serta aktivis sosial, kata Human Rights Watch hari ini dalam Laporan Dunia 2015 (World Report 2015). Pihak berkuasa meneruskan pendakwaan yang bermotifkan politik terhadap ahli parlimen dari parti pembangkang, Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat. “Penukaran haluan yang memalukan oleh Perdana Menteri Najib terhadap janji beliau untuk menghentikan hasutan menunjukkan kerelaan beliau untuk mendahulukan politik sebelum hak asasi manusia,” kata Phil Robertson , Timbalan Pengarah Asia, Human Rights Watch. “Situasi hak asasi manusia di Malaysia sedang menjunam kerana kerajaan jelasnya percaya bahawa kelangsungan pemerintahan mereka bergantung kepada kengkangan terhadap kebebasan bersuara, ancaman terhadap kumpulan-kumpulan pembangkang, dan sasaran terhadap golongan yang terkemuka serta b...

SIS: Kebebasan beragama termasuk menukar agama

Oleh Zurairi AR Kebebasan beragama mestilah termasuk untuk menukar agama, kata badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan wanita Muslim berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar dalam isu ini. Dalam kenyataan medianya, Sisters In Islam (SIS) bertanya bagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam masa sama tidak membenarkan penganutnya keluar dari agama tersebut. “Kepercayaan berdasarkan paksaan akan jadi hipokrit,” menurut SIS dalam kenyataan medianya. Pengarah program SIS, Suri Kempe menerangkan bahawa NGO tersebut tidak menggalakkan umat Islam untuk murtad, sebaliknya memperjuangkan kebebasan meninggalkan agama bagi mereka yang tidak lagi mempercayainya. “Islam bukanlah agama jalan sehala,” kata Suri. Kenyataan naib presiden PKR, dalam forum berkenaan dengan isu negara Islam di Subang Jaya Sabtu lalu telah menyebabkan beliau diserang oleh pemimpin agama dan pemimpin Umno dengan mengatakan beliau...