Posts

Showing posts with the label Parti Sosialis Malaysia

Apakah motif sebenar dan halatuju para perosak undi?

Image
Baru-baru ini timbul pula suatu kempen yang menggalakkan rakyat jelata agar merosakkan undi mereka di dalam pilihanraya umum yang akan datang dengan tidak mengundi mana-mana pihak, yakni merosakkan kertas-kertas undi mereka. Kempen undi rosak tersebut dipimpin oleh Maryam Lee, seorang ahli jawatankuasa Gabungan Kiri Malaysia (Left Coalition Malaysia) yang turut disertai oleh beberapa orang ahli gabungan tersebut yang bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat jelata bertapa tidak tentu arahnya halatuju politik di dalam negara kita pada hari ini. Negara kita sudah pun lama “dibinasakan” oleh Barisan Nasional dan para pemimpinnya pada hari ini. Dan kita juga telah menyedari bahawa gabungan parti-parti pembangkang Pakatan Harapan juga telahpun mengumumkan barisan kepimpinannya yang bakal membawa gabungan parti-parti pembangkang itu menghadapi BN pada pilihanraya umum yang akan datang. Sewaktu kepimpinan PH diketengahkan di kalangan umum, ramai yang terkejut, gembira dan malah ada...

CADANGAN-CADANGAN GABUNGAN KIRI MALAYSIA TERHADAP PERANCANGAN EKONOMI NEGARA DALAM RMK-11

Pengenalan Negara kita telah berada di penghujung Rancangan Malaysia Ke-10. Rancangan Malaysia Ke-11, yang akan bermula dari 2016 sehingga 2020. Rancangan ini akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Mei 2015. Walaupun RMK-11 akan dibentang tidak lama lagi, kami dari Gabungan Kiri Malaysia berasa penting; analisa, pandangan, syor dan cadangan kami terhadap rancangan ekonomi negara kita harus disampaikan kepada pihak Kerajaan Malaysia. Perkara ini penting kerana pada hemat kami penilaian tentang hala tuju, diskusi terhadap polisi-polisi alternatif harus dipertimbangkan. Kami juga tetap berkongsi pendapat bahawa rancangan untuk masa depan negara kita adalah satu usaha yang harus diteruskan. Walaupun begitu, oleh kerana kedudukan kita di tengah-tengah ekonomi terbuka yang semakin mencabar hari ini maka segala langkah dan rancangan sedia ada haruslah dikaji semula dari pelbagai dimensi. Dunia kita sudah banyak berubah dalam 60 tahun yang lalu. Pada 1960an dan 1970an kaedah pembangunan ekon...

PRM-PSM, nak tunggu apa lagi? Gabungan yang paling selari!

Image
Sudahlah dengan karenah yang berlaku di antara Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sehingga kini masih belum nampak sebarang keberkesanan di dalam usaha mereka untuk mewujudkan satu bentuk barisan Sosialis yang baru untuk menggerakkan diri mereka sebagai kuasa ketiga dalam politik negara kita ini. Ini menimbulkan tandatanya sama ada kedua-dua PRM dan PSM benar-benar serius di dalam menawarkan penyelesaian politik mereka secara Sosialis kepada rakyat jelata dan negara pada umumnya. PSM yang sudahpun mengalami suatu bentuk permainan politik Pakatan Rakyat di mana parti tersebut dipermainkan dengan sebegitu sahaja di dalam isu perletakan calon untuk bertanding di dalam pilihanraya umum yang lalu (PRU13). Akibat daripada itu, pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim menjadi mangsa di dalam "sengketanya" dengan Pakatan dan juga pada masa yang sama Barisan Nasional (BN). Apakah status dan kedudukan PSM sekarang di dalam permohonannya untuk menyertai Pa...

Kerjasama PRM-PSM masih belum nampak sebarang kemajuan

Image
Sebelum pilihanraya umum ke-13 (PRU13), Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah beberapa kali berbincang dan mengumumkan bahawa parti berhaluan kiri tersebut sedang mengusahakan suatu bentuk kerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi sama-sama membantu di dalam PRU13 ataupun PRU yang seterusnya. Kenyataan mengenai kerjasama PRM-PSM itu juga dipersetujui oleh beberapa pemimpin PSM itu sendiri. Akan tetapi, kenapa perbincangan tersebut masih dijalankan secara tidak rasmi dan begitu juga dengan pengumuman sebelum ini mengenai cadangan kerjasama di dalam bentuk pakatan masih belum lagi berhasil walaupun sudahpun lebih daripada lima tahun lama berunding? Apakah kedua-dua parti politik yang berfahaman Sosialis itu mempunyai ideologi kiri yang berbeza? Yang difahamkan adalah kedua-dua PSM dan PRM adalah merupakan dua parti berhaluan kiri yang tinggal di negara kita ini dan bilangan keahlian di dalam kedua-dua parti tersebut tidaklah sebesar parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dan Barisa...

PSM dan PRM perlu bentuk NGO dan Kelab-kelab Sosialis

Ekoran daripada pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (UUCA) oleh pihak kerajaan, bagi membenarkan pelajar-pelajar universiti, kolej universiti dan kolej untuk menyertai mana-mana parti politik atau menubuhkan pertubuhan/persatuan di luar kampus, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) harus mengambil kesempatan hasil daripada kelonggaran Akta UUCA itu untuk lebih mendekati golongan muda-mudi dan para pelajar. Daripada kajian yang telah kita laksanakan pada bulan yang lalu, kita telah dapati bahawa golongan muda-mudi dan para pelajar enggan menyertai parti-parti politik walaupun mereka menyokong ideologi dan perjuangan yang diketengahkan oleh parti-parti tersebut oleh kerana beberapa sebab seperti politik kepartian yang berpuak-puak, terlalu banyak isu-isu politik daripada isu-isu yang berkaitan dasar-dasar untuk kepentingan rakyat, ahli-ahli politik lebih mementingkan kedudukan masing-masing, tidak ada harapan dengan hanya setakat menjadi penyo...