Siapa yang menderhakai institusi raja dahulu?
Oleh Viktor Wong Baru-baru ini Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik penuh Umno mendakwa bahawa Malaysiakini tidak menghormati titah Sultan Selangor malah mempersoal titah baginda dengan lantang. Lupakah Utusan Malaysia bahawa pada suatu ketika dahulu, akhbar Umno tersebut juga pernah menderhakai institusi raja sebelum ini. Malah Umno juga pada suatu masa pernah lantang mengkritik institusi raja dengan mengatakan baginda-baginda menyalahgunakan kuasa. Sebenarnya, Umno adalah merupakan petualang dan penderhaka yang sebenarnya sejak dari tahun 1920 lagi. Peristiwa di Johor dan Perak Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar, iaitu datuk kepada naib presiden Umno sekarang Datuk Hishammuddin Hussein, telah dibuang dari Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri beliau ke Singapura kerana mengkritik Sultan Johor pada ketika itu, atas isu harta dan hutang keluarga baginda. Dalam tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada bekas ketua perhubungan Umno Perak Datuk Tajol Rosli Ghazali, enggan meletak...