Posts

Showing posts with the label Pembangkang

Di manakah halatuju negara kita?

Rencana ini telah diterbitkan di dalam Aliran.com pada 26/10/2015 Oleh WH Cheng Daripada keadaan politik yang sedang kita perhatikan pada hari ini, nampaknya hanya Barisan Nasional (BN) sahajalah yang merupakan sebuah gabungan politik yang “paling kukuh” dan “stabil” dari segi strukturnya jika dibandingkan dengan gabungan parti-parti politik lain yang berkeadaan longgar, dilihat masih berbeza pendapat dan bertelingkah, menyebabkan ianya kelihatan kurang stabil di segi strukturnya. Dan ini adalah apa yang BN, serta para pemimpinnya, sering menegaskan kepada rakyat jelata: bertapa baiknya BN yang dapat membuktikan “kestabilan” dari segi politik dan strukturnya, seterusnya membawa lebih banyak “kebaikan” kepada rakyat dan negara, di samping berusaha mengalihkan perhatian rakyat jelata daripada skandal kewangan dan perlakuan rasuah yang telah dan sedang berlaku di dalam kerajaan pimpinan BN. Manakala di sebelah pihak parti-parti pembangkang pula, kedudukan dan pencapaian mereka masih ...

Pembaharuan Di Dalam Sistem Parlimen

Image
Pada 27 Mei yang lalu, Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia ada menyebut cadangan beliau untuk melaksanakan sesuatu pembaharuan di dalam parlimen selepas beliau mengambil keputusan untuk menarik balik surat perletakan jawatannya. Di antara pembaharuan yang beliau telah sebut adalah, menghidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen, penambahan waktu persoalan terhadap menteri, penambahan bilangan jawatankuasa pilihan parlimen dan cadangan untuk memberikan kuasa kepada Dewan Negara untuk membincang dan meluluskan usul tanpa perlu melalui Dewan Rakyat. Namun demikian, siri pembaharuan yang dikemukakan oleh Pandikar itu tidak meliputi keseluruhan sistem parlimen. Ini adalah kerana sistem parlimen yang ada sekarang, dan jika sekiranya beberapa penambahbaikan seperti yang disebut tadi dilaksanakan terhadapnya, ianya masih berjalan seperti satu cap-getah (rubber-stamp). Ini adalah kerana kuasa yang sepenuhnya di dalam perjalanan dan pengurusan sistem parlimen masih terletak di bawah kua...

Parti-Parti Pembangkang Tanpa Kerusi Parlimen (Non-Parliamentary Opposition Parties)

Image
Pembentukan Jawatankuasa Jurucakap Pemantau (Shadow Spokesperson) Bagi parti-parti pembangkang yang tiada kerusi parlimen atau terjemahan dalam Bahasa Inggeris, “non-parliamentary opposition parties (NPOP)” , mereka sememangnya mempunyai banyak peranan untuk dimainkan walaupun tidak mempunyai ahli-ahli parlimen mahupun ahli-ahli dewan undangan negeri. Di antara peranan utama yang boleh dimainkan oleh NPOP adalah, membentuk suatu jawatankuasa jurucakap pemantau memerhati portfolio kementerian kerajaan dan mengeluarkan kenyataan mengenai perjalanan pengurusan, pentadbiran dan isu-isu yang berkaitan dari masa ke semasa. Untuk pengetahuan ramai, suatu jawatankuasa jurucakap pemantau memerhati portfolio kementerian kerajaan (shadow spokespersons) adalah hampir sama dengan bentuk sebuah kabinet bayangan, tetapi cuma sebutannya berlainan sedikit oleh kerana kedudukannya sebagai NPOP. Pembentukan jawatankuasa jurucakap pemantau memerhati portfolio kementerian kerajaan ini membolehkan par...

Fungsi Kabinet Bayangan dan Masalahnya di negara ini

Image
Tajuk mengenai pembentukan kabinet bayangan (shadow cabinet) timbul sekali lagi setelah Datuk Ser Dr Wan Azizah Ismail mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Permatang Pauh yang baru dan seterusnya menerima perlantikan sebagai ketua pembangkang parlimen yang baru menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehingga pada hari ini, ramai di antara kita masih belum faham ataupun kurang jelas mengenai apakah itu kabinet bayangan sebenarnya dan apakah fungsi-fungsinya di barisan parti-parti pembangkang di dalam parlimen. Kabinet bayangan adalah sebuah institusi yang dibentuk dan dikelolakan oleh barisan parti-parti pembangkang di dalam parlimen ataupun dewan perwakilan. Ianya berfungsi untuk memantau dan menyemak imbang (check and balance) segala perlaksanaan dan perjalanan pentadbiran kabinet kerajaan yang ditubuhkan oleh parti-parti yang memerintah. Biasanya, kabinet bayangan dibentuk seiring dengan barisan kabinet kerajaan yang ditubuhkan mengikut portfolio-portfolio kementerian yang tela...