Posts

Showing posts with the label Politik

Pilihanraya kerajaan tempatan wajar dipulihkan dengan segera

Image
Ramai di antara kita pada hari ini yang tidak pernah melihat, membaca ataupun mengkaji tentang apakah itu pilihanraya kerajaan tempatan. Kerajaan tempatan tidaklah merujuk kepada hanya dewan bandaraya, majlis perbandaran, majlis daerah semata-mata. Kerajaan tempatan juga meliputi pentadbiran di peringkat kampung dan taman perumahan seperti rukun tetangga, majlis pengurusan komuniti kampung (dahulunya dikenali sebagai jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung) dan institusi penghulu. Ini bermakna, institusi kerajaan tempatan ini merangkumi suatu aspek pengurusan kawasan yang luas dan bukan hanya terhad kepada dewan bandaraya ataupun majlis perbandaran. Inilah satu-satunya salahfaham di kalangan pemimpin yang harus diperbetulkan. Persoalan yang seterusnya adalah, kenapa ada di kalangan pemimpin, setelah berkuasa menyatakan kepada umum bahawa pilihanraya kerajaan tempatan ini akan mengakibatkan perbezaan antara kaum menjadi semakin ketara kerana terdapat perbezaan purata penduduk d...

Fungsi Kabinet Bayangan dan Masalahnya di negara ini

Image
Tajuk mengenai pembentukan kabinet bayangan (shadow cabinet) timbul sekali lagi setelah Datuk Ser Dr Wan Azizah Ismail mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Permatang Pauh yang baru dan seterusnya menerima perlantikan sebagai ketua pembangkang parlimen yang baru menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehingga pada hari ini, ramai di antara kita masih belum faham ataupun kurang jelas mengenai apakah itu kabinet bayangan sebenarnya dan apakah fungsi-fungsinya di barisan parti-parti pembangkang di dalam parlimen. Kabinet bayangan adalah sebuah institusi yang dibentuk dan dikelolakan oleh barisan parti-parti pembangkang di dalam parlimen ataupun dewan perwakilan. Ianya berfungsi untuk memantau dan menyemak imbang (check and balance) segala perlaksanaan dan perjalanan pentadbiran kabinet kerajaan yang ditubuhkan oleh parti-parti yang memerintah. Biasanya, kabinet bayangan dibentuk seiring dengan barisan kabinet kerajaan yang ditubuhkan mengikut portfolio-portfolio kementerian yang tela...

Kenapa PAS rasis sangat dalam isu kabinet bayangan?

Image
Baru-baru ini DAP telah mengumumkan barisan kabinet bayangannya sendiri setelah melihat keadaan kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang fungsinya tidak begitu berkesan sejak 2008. Maklumbalas daripada PAS adalah pembentukan kabinet bayangan oleh DAP itu merupakan suatu tindakan parti tersebut untuk memperkukukan kedudukannya sebagai parti komponen utama di dalam Pakatan Rakyat dan seterusnya bercadang untuk mentadbir negara ini secara sendiri apabila berkuasa kelak dengan mewujudkan sebuah “kerajaan Cina”. Beginilah kenyataan yang dibuat oleh presiden PAS Abdul Hadi Awang. Kenapa pula PAS ingin memperbesarkan isu kabinet bayangan DAP itu dengan melibatkan isu perkauman? Apa kena mengena isu kabinet bayangan dengan sesuatu kaum? DAP membentuk kabinet bayangannya sendiri sambil juga mengajak rakan-rakannya PKR dan PAS untuk juga membentuk kabinet bayangan masing-masing bagi memperkukuhkan lagi kaedah dan amalan semak dan imbang (check and balance) terhadap kerajaan Umno agar pentad...

Pilihnraya kerajaan tempatan adalah hak rakyat

Image
Seruan agar pilihanraya kerajaan tempatan dipulihkan dengan segera semakin lantang. Pilihanraya kerajaan tempatan adalah hak rakyat untuk memilih wakil-wakil mereka untuk menjadi ahli-ahli majlis daerah, perbandaran dan dewan bandaraya. Selain daripada itu, pilihanraya kerajaan tempatan ini juga memberikan hak mengundi kepada rakyat untuk memilih presiden atau yang dipertua majlis-majlis daerah, perbandaran dan datuk-datuk bandar di peringkat dewan bandaraya. Di sesetengah negara, demokrasi sebegini turut diperluaskan sehinggalah ke peringkat akar-umbi, seperti perkampungan, daerah perumahan dan unit-unit pendudukan. Manakala di dalam negara kita pula, pilihanraya hanya merangkumi hak rakyat untuk mengundi meilih wakil-wakil mereka ke Dewan Rakyat (Parlimen) dan Dewan Undangan Negeri (Dun), manakala ahli-ahli Dewan Negara (Senat), ahli-ahli majlis daerah, perbandaran dan dewan bandaraya serta ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah dilantik oleh kerajaa...

AMHM penjana harapan Malaysia!

Image
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah NGO - Anak Muda Harapan Malaysia (AMHM) Fahmi Zainol amat menarik perhatian kami dan rakyat jelata kerana seruan yang dikemukakan oleh AMHM menunjukkan golongan anak-anak muda kini kian celik politik dan hal ehwal semasa serta semakin menyeluruh di dalam mengambil berat berkenaan hal berkaitan kepentingan negara. Selain daripada itu, kami juga dapati golongan muda kini lebih mengetahui apa yang telah dan sedang berlaku di dalam negara kita serta keadaan politik yang bergelora sehinggakan hubungan antara kaum terjejas akibat perbuatan sesetengah pihak yang berkepentingan sendiri. Kenyataan dan seruan AMHM berbunyi seperti berikut: 1. Semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama adalah sama rata; 2. Dasar-dasar yang berkiblat kepada satu kaum sahaja perlu dimansuhkan; 3. Sekolah-sekolah dan pendidikan beraliran kaum-kaum berasingan hendaklah juga dimansuhkan. Dan kesemua di atas perlulah digantikan dengan suatu dasar yang mement...