Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Kenapa ianya begitu penting?
Baru-baru ini Presiden PAS Haji Hadi Awang telah menyuarakan pendapatnya mengenai pilihanraya kerajaan tempatan dan mengapa PAS enggan menyokong saranan PKR, DAP, PSM, PRM, Bersih 2.0 dan masyarakat pada keseluruhannya agar PAS turut menyokong usul tersebut. Alasan pemimpin PAS itu adalah, pilihanraya kerajaan tempatan akan menyebabkan Peristiwa 13 Mei itu tercetus semula. Sebabnya adalah, pilihanraya kerajaan tempatan ini akan menyebabkan masyarakat Melayu dipencilkan sama sekali kerana diperingkat perbandaran dan bandaraya hanya terdiri daripada masyarakat bukan Melayu. Apakah pemimpin PAS itu telah lupa bahawa politik jijiklah yang menyebabkan masyarakat berbilang kaum di negara kita ini berpecahbelah. Kalaulah sesuatu pilihanraya adalah penyebab berpecahnya perpaduan kaum ataupun sesuatu kaum dianaktirikan, maka boleh dikatakan, pilihanraya parlimen dan dewan undangan negeri turut mempunyai elemen-elemen sedemikian, kerana pembahagian kerusi-kerusi parlimen dan dewan undanga...