Posts

Showing posts with the label Parlimen

PH perlu mara dan tegas pertahankan pembaharuannya

Image
Kini telah genap lebih sebulan kerajaan pemberontak yang dianggotai oleh Perikatan Nasional (PN) memerintah negara kita berikutan kejayaan rampasan kuasa mereka pada hujung February 2020 lalu, di mana kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditumbangkan oleh suatu siri pemberontakan yang dipelopori Bersatu dan 11 ahli parlimen yang menyokong Azmin Ali di dalam gabungan kerajaan terdahulu. Masa telah tiba bagi pucuk pimpinan PH untuk menyusun semula strategi mereka dan adalah perlu bagi mereka meneruskan perlaksanaan pembersihan dalaman parti-parti kompenen PH setelah melihat ramai di antara pemimpin dan wakil-wakil rakyat mereka memberontak dan berpaling tadah setelah bersetuju menerima tawaran-tawaran yang agak lumayan daripada kepimpinan kerajaan pemberontak PN. Perkara utama yang PH perlu berikan tumpuan adalah memastikan beberapa siri pembaharuan yang telah dirancang oleh kepimpinan mereka sewaktu berkerajaan sebelum ini diteruskan melalui kerajaan pemberontak PN dengan pemantauan dan pe...

Jawatankuasa pilihan parlimen

Image
Jawatankuasa pilihan parlimen atau dalam bahasa Inggeris, parliamentary select committee dan terkenal dengan singkatan umumnya, PSC adalah suatu bentuk jawatankuasa yang merangkumi ahli-ahli parlimen yang dilantik bagi mengurus atau menyiasat suatu isu ataupun perkara-perkara yang berkepentingan umum. Pembentukan dan fungsi PSC adalah berasal daripada rangkaian sistem berparlimen era British yang menggunapakai model Westminster. Negara-negara seperti Australia, New Zealand, Malaysia dan India turut menggunakan sistem tersebut. Di Britain, contohnya, telah melaksana dan menggunapakai PSC di dalam parlimen negara tersebut sejak daripada tahun 1980 lagi di mana beberapa PSC dibentuk bagi memantau, menyemak-imbang kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan di negara tersebut bagi memastikan ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti di dalam pentadbiran negara tersebut. Para PSC menentukan tajuk, halatuju siasatan, persoalan, peranan mereka sendiri dan mempunyai kuasa untuk men...

Memahami tanggungjawab sebenarnya seseorang MP dan ADUN

Image
Selama ini, ramai antara kita kurang memahami mengenai tugas dan tanggungjawab yang sebenarnya ahli-ahli parlimen (MP) dan ahli-ahli dewan undangan negeri (ADUN). Apabila persoalan ini diajukan kepada kalangan masyarakat, jawapan mereka adalah spontan, iaitu peranan MP dan ADUN adalah hampir sama, yakni melawat dan memeriksa long dan parit tersumbat, menerima aduan mengenai jalanraya yang rosak, kekurangan tempat letak kereta, sampah yang tidak dikutip, melawat seseorang yang telah dimasukkan ke dalam hospital, meziarahi keluarga simati, menghadiri upacara perkahwinan ataupun ulangtahun kelahiran seseorang berusia, menghadiri acara dewan-dewan perniagaan, persatuan-persatuan masyarakat, membantu penduduk memperolehi lesen-lesen perniagaan ataupun penjaja, membantu dalam rayuan meringankan kadar kompaun, menerima aduan mengenai keperluan infrastruktur yang berkurangan seperti tiang lampu, lampu isyarat, bekalan elektrik terputus, talian telefon dan jalan-jalan yang tidak diturap dan ...

Pembaharuan Di Dalam Sistem Parlimen

Image
Pada 27 Mei yang lalu, Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia ada menyebut cadangan beliau untuk melaksanakan sesuatu pembaharuan di dalam parlimen selepas beliau mengambil keputusan untuk menarik balik surat perletakan jawatannya. Di antara pembaharuan yang beliau telah sebut adalah, menghidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen, penambahan waktu persoalan terhadap menteri, penambahan bilangan jawatankuasa pilihan parlimen dan cadangan untuk memberikan kuasa kepada Dewan Negara untuk membincang dan meluluskan usul tanpa perlu melalui Dewan Rakyat. Namun demikian, siri pembaharuan yang dikemukakan oleh Pandikar itu tidak meliputi keseluruhan sistem parlimen. Ini adalah kerana sistem parlimen yang ada sekarang, dan jika sekiranya beberapa penambahbaikan seperti yang disebut tadi dilaksanakan terhadapnya, ianya masih berjalan seperti satu cap-getah (rubber-stamp). Ini adalah kerana kuasa yang sepenuhnya di dalam perjalanan dan pengurusan sistem parlimen masih terletak di bawah kua...

Parti-Parti Pembangkang Tanpa Kerusi Parlimen (Non-Parliamentary Opposition Parties)

Image
Pembentukan Jawatankuasa Jurucakap Pemantau (Shadow Spokesperson) Bagi parti-parti pembangkang yang tiada kerusi parlimen atau terjemahan dalam Bahasa Inggeris, “non-parliamentary opposition parties (NPOP)” , mereka sememangnya mempunyai banyak peranan untuk dimainkan walaupun tidak mempunyai ahli-ahli parlimen mahupun ahli-ahli dewan undangan negeri. Di antara peranan utama yang boleh dimainkan oleh NPOP adalah, membentuk suatu jawatankuasa jurucakap pemantau memerhati portfolio kementerian kerajaan dan mengeluarkan kenyataan mengenai perjalanan pengurusan, pentadbiran dan isu-isu yang berkaitan dari masa ke semasa. Untuk pengetahuan ramai, suatu jawatankuasa jurucakap pemantau memerhati portfolio kementerian kerajaan (shadow spokespersons) adalah hampir sama dengan bentuk sebuah kabinet bayangan, tetapi cuma sebutannya berlainan sedikit oleh kerana kedudukannya sebagai NPOP. Pembentukan jawatankuasa jurucakap pemantau memerhati portfolio kementerian kerajaan ini membolehkan par...

Fungsi Kabinet Bayangan dan Masalahnya di negara ini

Image
Tajuk mengenai pembentukan kabinet bayangan (shadow cabinet) timbul sekali lagi setelah Datuk Ser Dr Wan Azizah Ismail mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Permatang Pauh yang baru dan seterusnya menerima perlantikan sebagai ketua pembangkang parlimen yang baru menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehingga pada hari ini, ramai di antara kita masih belum faham ataupun kurang jelas mengenai apakah itu kabinet bayangan sebenarnya dan apakah fungsi-fungsinya di barisan parti-parti pembangkang di dalam parlimen. Kabinet bayangan adalah sebuah institusi yang dibentuk dan dikelolakan oleh barisan parti-parti pembangkang di dalam parlimen ataupun dewan perwakilan. Ianya berfungsi untuk memantau dan menyemak imbang (check and balance) segala perlaksanaan dan perjalanan pentadbiran kabinet kerajaan yang ditubuhkan oleh parti-parti yang memerintah. Biasanya, kabinet bayangan dibentuk seiring dengan barisan kabinet kerajaan yang ditubuhkan mengikut portfolio-portfolio kementerian yang tela...

Salahguna kuasa dan rasuah dalam kerajaan. Mampukan PAC tangani masalah ini?

Image
Hampir pada setiap tahun, Ketua Audit Negara mengumumkan laporan tahunannya yang melibatkan kerugian berbilion-bilion Ringgit kerajaan akibat daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang sering dilakukan oleh para penjawat awam dan pihak-pihak yang bersekongkol dengan mereka yang terdiri daripada kontraktor dan pembekal-pembekal yang dilantik. Dan hampir pada setiap tahun juga, Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) menunjukkan aksiny yang tidak berpuashati dengan pelbagai karenah-karenah yang telah menyebabkan kerugian berbilion-bilion Ringgit tersebut. Peringatan demi peringatan dikeluarkan oleh PAC, penyiasatan demi penyiasatan yang dilaksanakan oleh PAC, keterangan demi keterangan turut dicatat daripada setiap penjawat-penjawat awam yang terlibat. Namun, tindakan dan langkah-langkah yang diambil oleh PAC tidak diendahkan langsung oleh para pemimpin negara, malah yang lebih buruk lagi perdana menteri itu sendiri juga tidak menyokong langkah-langkah PAC untuk cuba menghapuska...

Parti Politik Di Mata Golongan Muda

Di dalam Kongres Nasional Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang diadakan pada 17hb November 2013 yang lalu, Presiden PRM, Dr Rohana Ariffin di dalam ucapan dasarnya ada menyebut aliran golongan muda pada hari ini tidak berminat untuk menyertai parti-parti politik. Sebaliknya, golongan ini lebih menumpukan perhatian mereka terhadap pertubuhan-pertubuhan sivil dan kumpulan-kumpulan pendesak (civil societies and pressure groups). Kenyataan Dr Rohana itu ada kebenarannya. Daripada kajian yang kami laksanakan baru-baru ini, aliran tersebut telah mempengaruhi majoriti golongan muda kerana beberapa faktor yang telah dan sedang berlaku di dalam parti-parti politik, baik di sebelah pihak kerajaan (Barisan Nasional), mahupun di sebelah pihak pembangkang (Pakatan Rakyat, dan sebagainya). Antara faktor utama yang menjadi perhatian yang mempengaruhi majoriti golongan muda untuk tidak berkecimpungan di dalam parti-parti politik adalah kegiatan berpuak-puak di dalam parti-parti politik utama yang kia...