Kenapa PAS rasis sangat dalam isu kabinet bayangan?
Baru-baru ini DAP telah mengumumkan barisan kabinet bayangannya sendiri setelah melihat keadaan kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang fungsinya tidak begitu berkesan sejak 2008.
Maklumbalas daripada PAS adalah pembentukan kabinet bayangan oleh DAP itu merupakan suatu tindakan parti tersebut untuk memperkukukan kedudukannya sebagai parti komponen utama di dalam Pakatan Rakyat dan seterusnya bercadang untuk mentadbir negara ini secara sendiri apabila berkuasa kelak dengan mewujudkan sebuah “kerajaan Cina”.
Beginilah kenyataan yang dibuat oleh presiden PAS Abdul Hadi Awang. Kenapa pula PAS ingin memperbesarkan isu kabinet bayangan DAP itu dengan melibatkan isu perkauman? Apa kena mengena isu kabinet bayangan dengan sesuatu kaum?
DAP membentuk kabinet bayangannya sendiri sambil juga mengajak rakan-rakannya PKR dan PAS untuk juga membentuk kabinet bayangan masing-masing bagi memperkukuhkan lagi kaedah dan amalan semak dan imbang (check and balance) terhadap kerajaan Umno agar pentadbiran tersebut berlaku lebih adil dan saksama terhadap rakyat dan negara.
Jadi, kenapa isu DAP berniat untuk membentuk sebuah “kerajaan Cina” ditimbulkan sedangkan masalah utama negara kita ini adalah kedesakan ekonomi dan keadaan sosio-ekonomi yang tidak seimbang, pendapatan rakyat semakin berkurangan, kewangan setiap isi rumah telah mengecut dengan drastik, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sebagainya, serta pengenaan cukai GST yang semakin menekan pendapatan setiap individu, kenaikan mendadak harga barangan keperluan dan banyak lagi.
Apa kena mengena sesuatu bangsa dan agama dengan kesemua bentuk masalah sosio-ekonomi? Fahamkah PAS bagaimana caranya untuk mentadbir sesebuah negara dan kini giliran kita pula bertanya sama ada PAS mampu mentadbir negara kita ini bersendirian dan bayangkan apakah yang sebenarnya akan berlaku jika sekiranya PAS yang mentadbir negara ini secara sendiri tanpa PKR dan DAP? Buruk padahnya!

Masalah pokoknya sebenarnya bukan di PAS itu, tetapi golongan ulama yang diketuai oleh Hadi. Kami ingin bertanya kembali Hadi, apakah pencapaian dan peranan yang telah beliau perjuangkan sewaktu beliau menjadi ketua pembangkang parlimen suatu ketika? Adakah Hadi membentuk kabinet bayangannya sewaktu beliau menjadi ketua pembangkang parlimen pada masa itu? Langsung tidak ada.
Malah presiden PAS itu juga langsung tidak memainkan peranannya secara aktif di dalam mendebat isu-isu semasa, isu-isu negara, perkara berkenaan pentadbiran, kewangan, kehakiman, pengangkutan, pembangunan, sains, teknologi dan sebagainya sewaktu beliau menjawat jawatan ketua pembangkang parlimen. Kini sebagai ahli parlimen, Hadi pun tidak mengambil bahagian di dalam memperdebatkan isu-isu seperti yang diperkatakan tadi. Yang ada beliau hanya menyebut dan menyoal sedikit isu yang berkait dengan agama dan shariah.
Sedarlah Tok Guru Hadi, bahawa isu-isu rakyat dan negara harus diutamakan, bukannya kaum dan agama kerana masalah yang kini melanda negara kita ini melibatkan semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit.
Janganlah asyik menuding jari ke hanya sesuatu kaum dan agama apabila timbulnya cabaran politik. Agama adalah untuk kegunaan dan amalan setiap individu secara peribadi dan ianya tidak seharusnya diperbuat secara umum.