AMHM penjana harapan Malaysia!

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah NGO - Anak Muda Harapan Malaysia (AMHM) Fahmi Zainol amat menarik perhatian kami dan rakyat jelata kerana seruan yang dikemukakan oleh AMHM menunjukkan golongan anak-anak muda kini kian celik politik dan hal ehwal semasa serta semakin menyeluruh di dalam mengambil berat berkenaan hal berkaitan kepentingan negara.

Selain daripada itu, kami juga dapati golongan muda kini lebih mengetahui apa yang telah dan sedang berlaku di dalam negara kita serta keadaan politik yang bergelora sehinggakan hubungan antara kaum terjejas akibat perbuatan sesetengah pihak yang berkepentingan sendiri.

Kenyataan dan seruan AMHM berbunyi seperti berikut:

1. Semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama adalah sama rata;
2. Dasar-dasar yang berkiblat kepada satu kaum sahaja perlu dimansuhkan;
3. Sekolah-sekolah dan pendidikan beraliran kaum-kaum berasingan hendaklah juga dimansuhkan.

Dan kesemua di atas perlulah digantikan dengan suatu dasar yang mementingkan keperluan untuk semua tanpa mengira kaum ataupun agama kerana semua manusia adalah sama dari segi taraf.

Selain daripada itu, AMHM juga menyeru agar segmen perundangan Syariah digantikan dengan satu Bahagian Syariah dan diletakkan dibawah pengawasan perundangan sivil yang dianggap paling tinggi di dalam negara kita ini.

AMHM juga menyatakan pendiriannya bahawa sistem sekular adalah sistem utama yang wujud di negara ini dan ianya perlu dihormati dan dihayati oleh semua pihak.

Ahli-ahli AMHM yang seterusnya adalah seperti yang berikut:

- Ganeshwaran Kana
- Atya Hanim Razali
- Lee Jin Yang
- Zawawi Syafiqah Zainal Bahrin
- Adam Fistival Wilfrid

Pihak kami dan rakyat jelata kagum dengan AMHM dan berharap NGO itu akan meneruskan usaha murninya untuk menyedarkan orang ramai bertapa pentingnya semangat perpaduan dan harmoni di kalangan rakyat di dalam negara kita ini.

Popular posts from this blog

What has MCA done to the Chinese community in Malaysia?

Perlukah sesebuah gabungan parti politik kekal secara wajib?

Japanese WW2 aggression in Asia: Japan should apologize