Posts

Showing posts from January, 2014

Bagaimana Umno menutup penipuan

Oleh Viktor Wong, bm.theantdaily.com Seperti dijangka, seorang lagi bekas pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dibebaskan dari dakwaan penipuan, rasuah serta penyalahgunaan kuasa bagi skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Terlalu ramai yang telah dibebaskan, dan banyak juga kes yang tidak dibawa ke muka pengadilan akibat kekurangan bahan bukti dari pihak pendakwa raya. Apa sudah jadi dengan Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM), dan pihak polis? Adakah mereka memainkan peranan? Negara telah kehilangan berbilion ringgit wang rakyat kerana penipuan, namun sehingga hari ini, kita tidak dapat lihat pesalah sebenar dibicarakan serta dijatuhi hukuman. Malah, yang memainkan peranan besar di dalam melakukan kesalahan diberi jawatan sebagai wakil Malaysia ke peringkat antarabangsa bagi menarik pelaburan asing. Bagi yang berjawatan rendah, mereka mungkin tidak bernasib baik jika diheret ke mahkamah. Tetapi, logikkah pegawai berpangkat rendah mampu mel...

Kenapa pula rakyat harus menanggung akibat kerajaan tak berkesan?

Oleh Viktor Wong, bm.theantdaily.com Selepas harga minyak dinaikkan Barisan Nasional (BN), harga barangan lain dijangka turut melonjak pada permulaan 2014. Jika pemimpin BN menafikannya, kita tahu mereka tidak bercakap benar. Rakyat tertekan dengan keadaan yang bakal mendatang. Setiap hari kita memikul beban kenaikan harga barangan. Bekalan makanan dan keperluan harian juga tidak terkecuali daripada kenaikan ini. Inflasi nampaknya kian menghampiri rakyat Malaysia. Ketika BN melaksanakan potongan subsidi bagi barangan keperluan harian, perbelanjaan Putrajaya menunjukkan peningkatan. Ini tidak mungkin berlaku secara tiba-tiba. Setelah berdekad berbelanja, menyalahguna kuasa dan menyeleweng, negara kita kini menuju ke arah bahaya. Rakyat miskin akan bertambah miskin, golongan pertengahan akan merasa keperitan, manakala pemimpin BN dan kroni mereka berterusan memonopoli kekayaan negara. Bukan rahsia lagi bahawa pemimpin BN tidak menghiraukan keluhan rakyat yang menuntut rasuah,...