Maksud Kebebasan Bersuara
Oleh WH Cheng, Aliran.com 24/2/2015 Apakah yang dikatakan kebebasan bersuara? Ramai yang tertanya-tanya, di manakah hadnya, adakah ianya tidak ada had dan adakah kebebasan bersuara ini hanya hak eksklusif golongan-golongan yang tertentu sahaja? Ya, ramai di antara kita memahami apa yang tersirat, tetapi pada hari ini, kita semua semakin dihantui dengan ketidakadilan di dalam keadaan yang tidak menentu sekarang. Di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, ianya menyebut kebebasan bersuara, berkumpul dan berpersatuan adalah hak setiap rakyat di negara ini. Ianya juga memperuntukan sekatan, kawalan dan undang-undang tertentu bagi menghadkan kebebasan bersuara, berkumpul dan berpersatuan – tetapi apakah itu hadnya ataupun senarai-senarai yang terlarang langsung tidak termaktub di dalam mana-mana undang-undang yang sedia ada. Persoalannya, adakah kandungan-kandungan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan itu bertentangan di antara satu sama lain? Ataupun kandungan manakah yan...