Posts

Showing posts from November, 2014

Salahguna kuasa dan rasuah dalam kerajaan. Mampukan PAC tangani masalah ini?

Image
Hampir pada setiap tahun, Ketua Audit Negara mengumumkan laporan tahunannya yang melibatkan kerugian berbilion-bilion Ringgit kerajaan akibat daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang sering dilakukan oleh para penjawat awam dan pihak-pihak yang bersekongkol dengan mereka yang terdiri daripada kontraktor dan pembekal-pembekal yang dilantik. Dan hampir pada setiap tahun juga, Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) menunjukkan aksiny yang tidak berpuashati dengan pelbagai karenah-karenah yang telah menyebabkan kerugian berbilion-bilion Ringgit tersebut. Peringatan demi peringatan dikeluarkan oleh PAC, penyiasatan demi penyiasatan yang dilaksanakan oleh PAC, keterangan demi keterangan turut dicatat daripada setiap penjawat-penjawat awam yang terlibat. Namun, tindakan dan langkah-langkah yang diambil oleh PAC tidak diendahkan langsung oleh para pemimpin negara, malah yang lebih buruk lagi perdana menteri itu sendiri juga tidak menyokong langkah-langkah PAC untuk cuba menghapuska...

Mempromosi kesederhanaan di luar negara, tetapi membiarkan pelampau di dalam negara

Oleh WH Cheng bm.theantdaily.com, 14 Nov 2014 Malaysia menduduki tempat tertinggi dalam aspek agama dan etnik, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pew Research Centre. Perdana Menteri dan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak telah memperjuangkan dan menjalankan agenda kesederhanaan di arena global, dan usaha terbaru bagi mempromosi dirinya sebagai seorang pemimpin Muslim sederhana, telah dilakukan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-69 baru-baru ini. Najib telah menunjukkan pemimpin-pemimpin dunia Islam bahawa beliau merupakan "seorang contoh pemimpin sederhana yang baik", yang patut dicontohi orang-orang lain. Ya, rakyat negara-negara lain yang tidak memiliki banyak pengetahuan politik mengenai Malaysia, pasti mempercayai bahawa ucapannya menampakkan usahanya dalam memerangi segala bentuk ekstremisme, keganasan dan diskriminasi agama dan kaum. Namun di halaman rumahnya sendiri, pelampau-pelampau agama dan perkauman dibenarkan berkembang secara sis...