MCA dan Gerakan jayakan agenda seksis Umno

Oleh Viktor Wong
TheAntDaily.com 30 Julai 2014

Ketika BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen pada dua pilihanraya umum yang lalu, Umno mula memainkan pelbagai agenda perkauman, agama dan Raja-Raja bagi mengembalikan sokongan majoriti Melayu beragama Islam bagi mengekal kekuatan di kawasan luar bandar.

Kadang kala, Umno berjaya di dalam agenda perkauman, agama dan Raja-Raja dengan cemerlang tetapi ia masih gagal mencatat kemajuan di kawasan bandar. Bagaimanapun, ia mencapai kejayaan di kawasan separa bandar dengan memainkan isu sebegini bagi mengelirukan pengundi.

Selepas beberapa protes dari rakan di dalam BN, terutama MIC, MCA, Gerakan dan PPP, agenda radikan ini diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan berhaluan kanan termasuk Perkasa, Isma, Muafakat, Pekida dan Jati.

MCA, MIC, Gerakan dan PPP gagal mencapai kejayaan membanggakan di dalam PRU kerana mereka tidak mampu menghentikan ekstremisme Umno. Gerakan lenyap daripada kubu kuatnya di Penang dan MCA hanya ada tujuh kerusi parlimen, MIC empat dan PPP tidak diwakili walaupun seorang.

Pemimpin MCA, MIC, Gerakan dan PPP menyalahkan Umno kerana keangkuhan tokoh besarnya, tetapi mereka pula menyalahkan part-parti ini kerana gagal memenangi hati pengundi.

Jadi dominasi Umno berterusan. Agenda perkauman dan agama berlanjutan dan kini ia turut diserahkan sepenuhnya kepada NGO sedia ada. MCA, MIC, Gerakan dan PPP tidak dapat menghentikan NGO ini yang bercambah dengan pantas, kerana sudah jelas pihak ekstremis ini diberi sumbangan yang lumayan.

Tidak berpuas hati dengan agenda yang kerap diguna, pemimpin Umno sudah mula menggunakan diskriminasi dengan menggambarkan wanita tidak layak menerajui kerajaan.

Menurut penasihat undang-undang Umno Datuk Hafarizam Harun, wanita tidak layak dilantik ke jawatan menteri besar kerana mereka datang bulan (uzur syarie) dan ini menghalangnya mengiringi Sultan di dalam majlis keagamaan.

Selepas semua idea berhaluan kanan, Umno merendah-rendahkan wanita dengan menggunakan agama dan raja-raja sebagai justifikasi ketamakan kuasa. Ia menidakkan hak parti lain menentukan pentadbiran mereka. Patutlah tiada pemimpin wanita berjaya di dalam Umno. Kebanyakkan mereka hanya berpuas hati menerajui sayap wanita sahaja.

Soalnya, adakah Islam menghalang wanita daripada menjawat jawatan tinggi atau adakah ia peraturan serta tafsiran manusia yang dibuat bagi menjaga kepentingan pihak tertentu? Dan jika agama menjadi penghalang utama, Umno perlu memetik beberapa potong ayat dari kitab Al Quran.

Penasihat undang-undang Umno ini telah membuat kenyataan bersifat diskriminasi berikutan desas desus presiden PKR dan ADUN Kajang Datin Seri Dr Wan AzizahWan Ismail akan dicalonkan bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim selepas Hari Raya ini.

Namun, MCA dan Gerakan turut menempelak Pakatan Rakyat kerana gagal menangani masalah itu. Mereka mendakwa ketegangan kaum dan agama berpunca sikap pembangkang yang selalu memutarbelit dan mempolitikkan perkara itu.

Mengapa tidak MCA dan Gerakan melihat diri rakan BN mereka Umno itu yang kerap memainkan sentimen agama dan perkauman? Mengapa tidak MCA dan Gerakan menyasarkan pertubuhan NGO tajaan Umno yang mengancam ketenteraman negara dengan menghamburkan ugutan tentang tragedi 13 Mei, keganasan politik dan kenyataan berbaur hasutan? Sekali lagi, mengapa tidak MCA dan Gerakan menekan Umno supaya menghentikan kewujudan pemimpin ekstremis di kalangan parti Melayu itu?

MCA dan Gerakan asyik merungut tentang etika politik tetapi kita tidak lihat kelibat MCA manakala Gerakan hanya bercakap tentang langkah tidak bersifat perkauman tanpa mengamalkannya. Kini jantina seseorang menjadi elemen baharu, dan parti komponen BN ini sekali lagi gagal membida sikap yang ditonjolkan rakan mereka atau Umno itu.

Adakah MCA dan Gerakan perlu berada di dalam barisan kabinet kerajaan?

Popular posts from this blog

What has MCA done to the Chinese community in Malaysia?

Perlukah sesebuah gabungan parti politik kekal secara wajib?

Japanese WW2 aggression in Asia: Japan should apologize