Pilihanraya kerajaan tempatan wajar dipulihkan dengan segera
Ramai di antara kita pada hari ini yang tidak pernah melihat, membaca ataupun mengkaji tentang apakah itu pilihanraya kerajaan tempatan. Kerajaan tempatan tidaklah merujuk kepada hanya dewan bandaraya, majlis perbandaran, majlis daerah semata-mata. Kerajaan tempatan juga meliputi pentadbiran di peringkat kampung dan taman perumahan seperti rukun tetangga, majlis pengurusan komuniti kampung (dahulunya dikenali sebagai jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung) dan institusi penghulu. Ini bermakna, institusi kerajaan tempatan ini merangkumi suatu aspek pengurusan kawasan yang luas dan bukan hanya terhad kepada dewan bandaraya ataupun majlis perbandaran. Inilah satu-satunya salahfaham di kalangan pemimpin yang harus diperbetulkan. Persoalan yang seterusnya adalah, kenapa ada di kalangan pemimpin, setelah berkuasa menyatakan kepada umum bahawa pilihanraya kerajaan tempatan ini akan mengakibatkan perbezaan antara kaum menjadi semakin ketara kerana terdapat perbezaan purata penduduk d...