Apakah motif sebenar dan halatuju para perosak undi?
Baru-baru ini timbul pula suatu kempen yang menggalakkan rakyat jelata agar merosakkan undi mereka di dalam pilihanraya umum yang akan datang dengan tidak mengundi mana-mana pihak, yakni merosakkan kertas-kertas undi mereka. Kempen undi rosak tersebut dipimpin oleh Maryam Lee, seorang ahli jawatankuasa Gabungan Kiri Malaysia (Left Coalition Malaysia) yang turut disertai oleh beberapa orang ahli gabungan tersebut yang bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat jelata bertapa tidak tentu arahnya halatuju politik di dalam negara kita pada hari ini. Negara kita sudah pun lama “dibinasakan” oleh Barisan Nasional dan para pemimpinnya pada hari ini. Dan kita juga telah menyedari bahawa gabungan parti-parti pembangkang Pakatan Harapan juga telahpun mengumumkan barisan kepimpinannya yang bakal membawa gabungan parti-parti pembangkang itu menghadapi BN pada pilihanraya umum yang akan datang. Sewaktu kepimpinan PH diketengahkan di kalangan umum, ramai yang terkejut, gembira dan malah ada...