Tumpukan perhatian terhadap penyelewengan dana kerajaan
Cetusan yang berterusan isu-isu yang berkaitan dengan agama dan perkauman pada hari ini adalah salah satu taktik kotor yang sering dipermain-mainkan oleh parti memerintah untuk memecahbelah serta mengelirukan rakyat jelata, seterusnya mengalihkan perhatian mereka terhadap masalah yang sebenarnya dihadapi oleh rakyat jelata dan negara. Masalah yang paling kritikal yang dihadapi oleh rakyat jelata dan negara pada hari ini adalah penyelewengan dana kerajaan oleh para pemimpin parti memerintah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Audit demi audit, penyiasatan demi penyiasatan, suruhanjaya diraja demi suruhanjaya diraja, dakwaan demi dakwaan dan seterusnya “pengadilan” demi “pengadilan”, namun kesemua bentuk langkah dan tindakan tersebut bagaikan suatu tayangan filem yang tidak ada penamatnya yang mengharapkan rakyat yang menyaksikan babak-babak tersebut akan melupakannya di kemudian hari. Negara kita kini menghadapi serangan bukan sahaja daripada pihak yang berpolitik, malah kini seranga...