Kerjasama PRM-PSM masih belum nampak sebarang kemajuan
Sebelum pilihanraya umum ke-13 (PRU13), Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah beberapa kali berbincang dan mengumumkan bahawa parti berhaluan kiri tersebut sedang mengusahakan suatu bentuk kerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi sama-sama membantu di dalam PRU13 ataupun PRU yang seterusnya. Kenyataan mengenai kerjasama PRM-PSM itu juga dipersetujui oleh beberapa pemimpin PSM itu sendiri. Akan tetapi, kenapa perbincangan tersebut masih dijalankan secara tidak rasmi dan begitu juga dengan pengumuman sebelum ini mengenai cadangan kerjasama di dalam bentuk pakatan masih belum lagi berhasil walaupun sudahpun lebih daripada lima tahun lama berunding? Apakah kedua-dua parti politik yang berfahaman Sosialis itu mempunyai ideologi kiri yang berbeza? Yang difahamkan adalah kedua-dua PSM dan PRM adalah merupakan dua parti berhaluan kiri yang tinggal di negara kita ini dan bilangan keahlian di dalam kedua-dua parti tersebut tidaklah sebesar parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dan Barisa...