Posts

Showing posts with the label Keadilan

Mengapa kita perlu belajar teori Marxisme?

Image
oleh Choo Chon Kai Mengapa kita perlu teori sebagai panduan dalam perjuangan rakyat? Bukankah kita dah tahu dunia kita sedang berada dalam krisis? Bukankah kita dah tahu bahawa adanya penindasan dalam masyarakat? Bukankah kita dah tahu bahawa kita perlukan keadilan? Bukankah kita dah tahu bahawa rejim zalim perlu dijatuhkan? Pasal apa lagi nak cakap teori dan ideologi, lawan sahaja lah… teori tu hanya dibincangkan oleh golongan intelektual kan? Sememangnya masyarakat kita sedang berdepan denga pelbagai ancaman krisis dan kita perlu lawan dan terus berjuang. Namun, perjuangan tanpa satu teori untuk memahami keadaan, tiada halatuju yang jelas dan tiada perancangan untuk melangkah ke depan adalah sesuatu tindakan yang membuta-tuli. Itu adalah perjuangan yang tiada hala tuju, hanya sekadar perasaan marah tetapi tidak tahu apa yang sebenarnya nak dicapai pada akhirnya. Oleh yang demikian, kita perlu teori untuk perjuangan. Hanya perjuangan praktikal yang berpandukan teori yang jelas bole...

SIS: Kebebasan beragama termasuk menukar agama

Oleh Zurairi AR Kebebasan beragama mestilah termasuk untuk menukar agama, kata badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan wanita Muslim berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar dalam isu ini. Dalam kenyataan medianya, Sisters In Islam (SIS) bertanya bagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam masa sama tidak membenarkan penganutnya keluar dari agama tersebut. “Kepercayaan berdasarkan paksaan akan jadi hipokrit,” menurut SIS dalam kenyataan medianya. Pengarah program SIS, Suri Kempe menerangkan bahawa NGO tersebut tidak menggalakkan umat Islam untuk murtad, sebaliknya memperjuangkan kebebasan meninggalkan agama bagi mereka yang tidak lagi mempercayainya. “Islam bukanlah agama jalan sehala,” kata Suri. Kenyataan naib presiden PKR, dalam forum berkenaan dengan isu negara Islam di Subang Jaya Sabtu lalu telah menyebabkan beliau diserang oleh pemimpin agama dan pemimpin Umno dengan mengatakan beliau...