Posts

Showing posts from June, 2018

Hidupkan semula pilihanraya kerajaan tempatan

Image
Akhirnya, rakyat Malaysia telah memilih perubhahan dengan mengundi memastikan kekalahan Barisan Nasional (BN) di dalam pilihanraya umum ke-14 (PRU14) yang lalu yang turut dikenali dengan singkatannya 905. BN telah memerintah negara ini lebih daripada 60 tahun lamanya dan kini terpaksa akur kepada kehendak rakyat yang inginkan mereka menduduki barisan pembangkang pada penggal ini. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru di Putrajaya, tanpa membuang masa terus melaksanakan beberapa siri perubahan seperti yang telah dijanjikan di dalam kempen PRU14 yang lalu. Sehinggalah pada PRU14 ini, rakyat Malaysia hanya keluar mengundi untuk memilih wakil-wakil merek bagi peringkat parlimen dan dewan-dewan undangan negeri (DUN). Di negara lain, bukan sahaja pilihanraya umum diadakan untuk parlimen dan DUN, bahkan ianya juga diadakan bagi memilih kerajaan-kerajaan tempatan. Ahli-ahli Dewan-dewan Bandaraya, Majlis-majlis Perbandaran dan Majlis-majlis Daerah, semuanya adalah dipilih secara langsung o