Posts

Showing posts from March, 2014

PRM-PSM, nak tunggu apa lagi? Gabungan yang paling selari!

Image
Sudahlah dengan karenah yang berlaku di antara Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sehingga kini masih belum nampak sebarang keberkesanan di dalam usaha mereka untuk mewujudkan satu bentuk barisan Sosialis yang baru untuk menggerakkan diri mereka sebagai kuasa ketiga dalam politik negara kita ini. Ini menimbulkan tandatanya sama ada kedua-dua PRM dan PSM benar-benar serius di dalam menawarkan penyelesaian politik mereka secara Sosialis kepada rakyat jelata dan negara pada umumnya. PSM yang sudahpun mengalami suatu bentuk permainan politik Pakatan Rakyat di mana parti tersebut dipermainkan dengan sebegitu sahaja di dalam isu perletakan calon untuk bertanding di dalam pilihanraya umum yang lalu (PRU13). Akibat daripada itu, pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim menjadi mangsa di dalam "sengketanya" dengan Pakatan dan juga pada masa yang sama Barisan Nasional (BN). Apakah status dan kedudukan PSM sekarang di dalam permohonannya untuk menyertai Pa