Posts

Showing posts from May, 2018

Memahami tanggungjawab sebenarnya seseorang MP dan ADUN

Image
Selama ini, ramai antara kita kurang memahami mengenai tugas dan tanggungjawab yang sebenarnya ahli-ahli parlimen (MP) dan ahli-ahli dewan undangan negeri (ADUN). Apabila persoalan ini diajukan kepada kalangan masyarakat, jawapan mereka adalah spontan, iaitu peranan MP dan ADUN adalah hampir sama, yakni melawat dan memeriksa long dan parit tersumbat, menerima aduan mengenai jalanraya yang rosak, kekurangan tempat letak kereta, sampah yang tidak dikutip, melawat seseorang yang telah dimasukkan ke dalam hospital, meziarahi keluarga simati, menghadiri upacara perkahwinan ataupun ulangtahun kelahiran seseorang berusia, menghadiri acara dewan-dewan perniagaan, persatuan-persatuan masyarakat, membantu penduduk memperolehi lesen-lesen perniagaan ataupun penjaja, membantu dalam rayuan meringankan kadar kompaun, menerima aduan mengenai keperluan infrastruktur yang berkurangan seperti tiang lampu, lampu isyarat, bekalan elektrik terputus, talian telefon dan jalan-jalan yang tidak diturap dan