Posts

Showing posts from February, 2019

Dasar kerajaan baru yang tidak popular suatu kebiasaan tetapi rakyat perlu diberi pencerahan

Image
Sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil-alih tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018 yang lalu, ramai di kalangan rakyat jelata yang mula merungut mengenai ketidakadilan dan ketidakberkesanan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan baru sekarang kerana bebanan yang terpaksa ditanggung atau dikongsi oleh orang ramai. Mungkin kerana rakyat jelata telah lupa. Kemusnahan dan keadaan yang tidak menentu yang ditinggalkan oleh BN berikutan kekalahan mereka pada pilihanraya umum yang lalu, rasuah, salahguna kuasa dan pengurusan kerajaan yang penuh dengan ketidakcekapan sewaktu era pemerintahan BN yang lalu. Siapakah yang kini terpaksa mewarisi elemen-elemen negatif yang kini berleluasa di kementerian-kementerian, jabatan-jabatan, agensi-agensi kerajaan dan GLC-GLC yang ada? Adakah kita menyedari hakikat yang sebenarnya pada hari ini? Ya, ramai di antara kita telah lupa ataupun mudah lupa dengan apa yang telah dilakukan di masa yang lalu kini telah membuahkan akib