Posts

Showing posts from October, 2020

Bajet 2021 harus diteliti dan dipantau sepenuhnya bagi memastikan ia bebas daripada unsur penyalahgunaan kuasa dan ketelusan belanjawan terjamin

Image
Bajet 2021, bukan itu sahaja, malah bajet-bajet peringkat kerajaan-kerajaan negeri juga harus diteliti, dipantau, dan disemak dengan lebih mendalam bagi memastikan belanjawan-belanjawan tersebut adalah benar-benar untuk faedah rakyat dan negara, serta bebas daripada sebarang unsur penyalahgunaan kuasa agar ketelusan belanjawan tersebut terjamin dengan sempurna. Ini sudah semestinya merupakan tugas dan tanggungjawab institusi-institusi parlimen dan dewan-dewan undangan negeri dalam memastikan peranan semak dan imbang terhadap kerajaan-kerajaan pusat dan negeri dapat dilaksanakan dengan sewajarnya. Kita berpendapat bahawa golongan feudal dan simbolik tidak mempunyai sebarang hak eksklusif untuk menentukan sama ada belanjawan tersebut harus diluluskan atau sebaliknya. Kesemua ini adalah bergantung penuh kepada budibicara ahli-ahli parlimen dan dewan-dewan undangan negeri yang mempunyai peranan yang begitu penting sekali di dalam memantau, menyemakimbang dan meneliti kandungan-kandungan be