Posts

Showing posts from February, 2015

Pilihnraya kerajaan tempatan adalah hak rakyat

Image
Seruan agar pilihanraya kerajaan tempatan dipulihkan dengan segera semakin lantang. Pilihanraya kerajaan tempatan adalah hak rakyat untuk memilih wakil-wakil mereka untuk menjadi ahli-ahli majlis daerah, perbandaran dan dewan bandaraya. Selain daripada itu, pilihanraya kerajaan tempatan ini juga memberikan hak mengundi kepada rakyat untuk memilih presiden atau yang dipertua majlis-majlis daerah, perbandaran dan datuk-datuk bandar di peringkat dewan bandaraya. Di sesetengah negara, demokrasi sebegini turut diperluaskan sehinggalah ke peringkat akar-umbi, seperti perkampungan, daerah perumahan dan unit-unit pendudukan. Manakala di dalam negara kita pula, pilihanraya hanya merangkumi hak rakyat untuk mengundi meilih wakil-wakil mereka ke Dewan Rakyat (Parlimen) dan Dewan Undangan Negeri (Dun), manakala ahli-ahli Dewan Negara (Senat), ahli-ahli majlis daerah, perbandaran dan dewan bandaraya serta ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah dilantik oleh kerajaa

AMHM penjana harapan Malaysia!

Image
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah NGO - Anak Muda Harapan Malaysia (AMHM) Fahmi Zainol amat menarik perhatian kami dan rakyat jelata kerana seruan yang dikemukakan oleh AMHM menunjukkan golongan anak-anak muda kini kian celik politik dan hal ehwal semasa serta semakin menyeluruh di dalam mengambil berat berkenaan hal berkaitan kepentingan negara. Selain daripada itu, kami juga dapati golongan muda kini lebih mengetahui apa yang telah dan sedang berlaku di dalam negara kita serta keadaan politik yang bergelora sehinggakan hubungan antara kaum terjejas akibat perbuatan sesetengah pihak yang berkepentingan sendiri. Kenyataan dan seruan AMHM berbunyi seperti berikut: 1. Semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama adalah sama rata; 2. Dasar-dasar yang berkiblat kepada satu kaum sahaja perlu dimansuhkan; 3. Sekolah-sekolah dan pendidikan beraliran kaum-kaum berasingan hendaklah juga dimansuhkan. Dan kesemua di atas perlulah digantikan dengan suatu dasar yang mement

The importance of Decentralisation

Image
Decentralisation as an alternative Decentralisation is defined as the distribution and delegation of functions and powers from the federal government to state and local governments. In aftermath of the 12th general election in 2008, which saw the Barisan Nasional losing its two-thirds majority in the parliament and the opposition Pakatan Rakyat capturing five state governments, discussion arose about the need for decentralisation following some friction in federal-state relationship which are seen to be jeopardising the states’ administration, roles and development plans. In every kind of governing system, pros and cons are sure to exist. Much depends on on who, how and what kind of party or coalition of parties is elected. Other relevant factors including the ethnic groups or combination of ethnic groups involved; the ideology or combination of ideologies; the attitude of the governing parties and the governing policies at the federal, state or municipal levels. But in the highly c