Jawatankuasa pilihan parlimen

Jawatankuasa pilihan parlimen atau dalam bahasa Inggeris, parliamentary select committee dan terkenal dengan singkatan umumnya, PSC adalah suatu bentuk jawatankuasa yang merangkumi ahli-ahli parlimen yang dilantik bagi mengurus atau menyiasat suatu isu ataupun perkara-perkara yang berkepentingan umum.

Pembentukan dan fungsi PSC adalah berasal daripada rangkaian sistem berparlimen era British yang menggunapakai model Westminster. Negara-negara seperti Australia, New Zealand, Malaysia dan India turut menggunakan sistem tersebut.

Di Britain, contohnya, telah melaksana dan menggunapakai PSC di dalam parlimen negara tersebut sejak daripada tahun 1980 lagi di mana beberapa PSC dibentuk bagi memantau, menyemak-imbang kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan di negara tersebut bagi memastikan ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti di dalam pentadbiran negara tersebut.

Para PSC menentukan tajuk, halatuju siasatan, persoalan, peranan mereka sendiri dan mempunyai kuasa untuk menuntut atau memanggil sesiapa sahaja yang difikirkan perlu atau mustahak untuk disoal siasat, membantu di dalam sebarang persoalan atau persoalan yang timbul serta keraguan yang perlu dijelaskan bagi memastikan penyalahgunaan kuasa, urus tadbir yang kurang memuasakan dan rasuah dapat dibendung demi kepentingan rakyat dan negara.

Segala hasil penyiasatan, persoalan dan kegiatan semak imbang yang dilaksanakan oleh PSC akan diterbitkan dan dibentangkan di dalam seesi parlimen untuk diperdebatkan oleh ahli-ahli parlimen.

Keanggotaan PSC

Keanggotaan PSC boleh dilantik dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun merangkumi campuran ahli-ahli Dewan Rakyat (ahli parlimen) dan ahli-ahli Dewan Negara (Senat) bergantung kepada keperluan sama ada penglibatan ahli-ahli daripada kedua-dua Dewan adalah wajar atau sebaliknya.

Para PSC yang dilantik untuk sebarang perlaksanaan akan melaporkan segala kegiatan dan hasil penelitiannya di dalam parlimen dan bukannya perdana menteri. Keanggotaan PSC adalah merangkumi ahli-ahli parlimen baik daripada parti memerintah mahupun parti-parti pembangkang.

Ahli-ahli PSC adalah dilantik berdasarkan kepakaran mereka di dalam bidang-bidang masing-masing dan bukannya atas dasar asal mana-mana parti yang dianggotai ahli-ahli tersebut.

Fungsi PSC

Pembentukan PSC dalam Dewan Rakyat adalah bertujuan untuk memantau prestasi kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi kerajaan bagi memastikan keberkesanan pentadbiran agar penyalahgunaan kuasa, rasuah dan ketidakcekapan urus tadbir dapat dibendung, sementara penubuhan PSC di peringkat Dewan Negara pula adalah bertumpu kepada isu-isu seperti perlembagaan dan hal-ehwal ekonomi.

Peranan PSC adalah penting dalam amalan semak dan imbang terhadap kerajaan dapat dilaksanakan dan bertindak sebagai penjana perubahan dan pembaharuan bagi menangkis segala kelemahan di dalam jentera pentadbiran, sejurus itu, memastikan dasar kerajaan dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan negara.

Kebebasan PSC

PSC perlu bebas daripada sebarang pengaruh parti-parti politik baik daripada kerajaan mahupun pembangkang.

Di dalam menangani isu-isu semasa yang melibatkan sebarang siasatan ataupun persoalan yang timbul, PSC seharusnya bertindak secara profesional dan praktikal di dalam melaksanakan segala tanggungjawabnya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.

Ahli-ahli parlimen yang menganggotai PSC juga seharusnya peka dengan kedudukan mereka di dalam PSC tersebut dan menjalankan kewajiban mereka di atas pengaruh politik masing-masing. Kepentingan rakyat dan negara haruslah mengatasi segala-galanya apabila ahli-ahli PSC bersidang dan mengadakan sebarang kegiatan semak imbang ataupun penyiasatan.

Contoh peranan PSC yang berjaya
  • PSC dibenarkan memantau dan menyemak segala aktiviti, perlaksanaan dan belanjawan kerajaan, berkuasa memanggil mana-mana menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan untuk menghadiri seesi soal jawab bagi memahami dan menambahbaik keadaan semasa di dalam jentera kerajaan.
  • PSC seharusnya memilih pengerusinya melalui undi di kalangan ahli-ahli dan ahli-ahli pembangkang juga diberi peranan mempengerusikan beberapa PSC..
  • Ahli-ahli parlimen yang menganggotai PSC juga seharusnya bertindak demi kepentingan rakyat dan negara dan apajua tindakan mereka tidak seharusnya dipengaruhi parti-parti politik yang mereka anggotai.
Cadangan penambahbaikan untuk PSC di Malaysia
  • PSC seharusnya dijadikan sebagai suatu institusi yang terpenting di dalam sistem berparlimen negara ini.
  • Kebebasan menyeluruh seharusnya diberikan kepada PSC di dalam perlaksanaan tugas-tugas mereka, menyemak imbang, menyiasat dan memanggil mana-mana menteri, pegawai kerajaan ataupun ahli-ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di dalam hal-hal yang berkait dengan perlaksanaan dasar, belanjawan, isu-isu berbangkit, permasalahan yang timbul yang membabitkan kepentingan umum dan sebagainya.
  • Ahli-ahli PSC seharusnnya diwakili oleh semua parti politik yang terpilih ke parlimen. PSC juga seharusnya melantik ahli-ahli ex-officio yang bukan ahli parlimen, yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan khusus yang dapat membantu PSC di dalam menjalankan kewajibannya.

Popular posts from this blog

What has MCA done to the Chinese community in Malaysia?

Perlukah sesebuah gabungan parti politik kekal secara wajib?

Seek for quick success and instant benefits