Salahguna kuasa dan rasuah dalam kerajaan. Mampukan PAC tangani masalah ini?

Hampir pada setiap tahun, Ketua Audit Negara mengumumkan laporan tahunannya yang melibatkan kerugian berbilion-bilion Ringgit kerajaan akibat daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang sering dilakukan oleh para penjawat awam dan pihak-pihak yang bersekongkol dengan mereka yang terdiri daripada kontraktor dan pembekal-pembekal yang dilantik.

Dan hampir pada setiap tahun juga, Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) menunjukkan aksiny yang tidak berpuashati dengan pelbagai karenah-karenah yang telah menyebabkan kerugian berbilion-bilion Ringgit tersebut. Peringatan demi peringatan dikeluarkan oleh PAC, penyiasatan demi penyiasatan yang dilaksanakan oleh PAC, keterangan demi keterangan turut dicatat daripada setiap penjawat-penjawat awam yang terlibat.

Namun, tindakan dan langkah-langkah yang diambil oleh PAC tidak diendahkan langsung oleh para pemimpin negara, malah yang lebih buruk lagi perdana menteri itu sendiri juga tidak menyokong langkah-langkah PAC untuk cuba menghapuskan ataupun mengurangkan gejala-gejala ini yang semakin hari semakin berleluasa di dalam jentera pentadbiran kerajaan.

Apakah daya PAC untuk menghapuskan sekaligus gejala-gejala penyalahgunaan kuasa dan rasuah di dalam kerajaan ini? Mampukah PAC mengorak satu langkah yang lebih berkesan untuk menangani masalah tersebut yang telah memyebabkan kerajaan rugi berbilion-bilion Ringgit pada setiap tahun.

Sehingga kini, PAC masih tidak mampu untuk membongkar siapakah sebenarnya di sebalik kehilangan berbilion-bilion Ringgit pada setiap tahun ini. Yang "tertangkap" hanyalah mereka-mereka yang hanya "menurut perintah" dan tidak mempunyai kuasa yang sebenar-benarnya untuk menggelapkan wang kerajaan tersebut.

Sekali lagi, terdapat banyak kementerian-kementerian di luar sana, begitu juga dengan jabatan-jabatan di bawah kementerian-kementerian tersebut. Agensi-agensi yang di bawah jabatan-jabatan tersebut, serta syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di seluruh negara. Mampukah PAC memantau satu demi satu kementerian-kementerian, jabatan-jabatan, agensi-agensi dan semua GLC tersebut di dalam satu tahun dan menyelesaikan setiap kes yang dipantau.

Sebelum sesuatu kes dipantau dengan sepenuhnya ataupun dipanggil untuk diberi keterangan, kes-kes yang seterusnya akan berterusan, keuntungan yang diperoleh oleh pesalah akan berlipat ganda pada tahun-tahun yang akan datang dan entah bila PAC akan dapat memastikan setiap kes tersebut akan dibawa ke tindakan disiplin atau muka pengadilan yang sewajarnya?

Persoalannya adalah, apakah daya PAC untuk menangani masalah tersebut yang kian buruk dan dijangka akan memufliskan negara ini jika sekiranya pucuk pimpinan kerajaan itu sendiri langsung tidak memberikan perhatian yang menyeluruh dan memberikan sokongan penuh kepada sebarang tindakan yang diambil oleh PAC?

Sudah pasti PAC kini bergerak seperti seekor harimau tanpa taringnya. Apakah gunanya PAC jika sekiranya langkah-langkah yang diambilnya itu tidak berkesan dan memburukkan lagi keadaan?

Rakyat jelata dapat melihat dengan jelas, bahawa gejala penyalahgunaan kuasa dan rasuah di dalam kerajaan berlaku pada setiap tahun, sama seperti suatu sambutan ulangtahun sedang diraikan.

Justeru daripada itu, PAC harus dibubarkan dan digantikan dengan beberapa jawatankuasa-jawatankuasa parlimen yang akan memantau setiap kementerian, jabatan, agensi dan GLC kerajaan dengan sepenuhnya bagi memastikan tumpuan-tumpun khusus diberi terhadap setiap badan-badan kerajaan tersebut.

Popular posts from this blog

What has MCA done to the Chinese community in Malaysia?

Perlukah sesebuah gabungan parti politik kekal secara wajib?

Seek for quick success and instant benefits