Posts

Showing posts from September, 2015

Perlukah sesebuah gabungan parti politik kekal secara wajib?

Image
Daripada keadaan politik dalam negara ini, kita telahpun dan sedang memerhati beberapa buah gabungan parti-parti politik yang terkini, iaitu Barisan Nasional (BN) yang kekal begitu lama dengan parti komponen utama Umno memonopoli semua aspek keputusan di dalam gabungan dan kerajaan yang diterajui oleh mereka. Di pihak Pakatan Rakyat (PR) pula ianya merupakan sebuah gabungan parti-parti pembangkang utama, PKR, DAP dan PAS yang bekerjasama secara longgar dan masing-masing mempunyai kedudukan yang setaraf di antara satu sama lain. Di tengah-tengah kancah cabar mencabar di antara BN dan PR, terdapat satu lagi alternatif yang kini sedang menonjol, Gabungan Kiri Malaysia (GKM) yang merangkumi gabungan parti politik bercampur dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kini dianggotai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM), sebagai peneraju utama GKM, diikuti dengan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Pusat Sejarah Rakyat dan Collective Intelligence serta beberapa individu yang te