Posts

Showing posts from July, 2015

Tumpukan perhatian terhadap penyelewengan dana kerajaan

Image
Cetusan yang berterusan isu-isu yang berkaitan dengan agama dan perkauman pada hari ini adalah salah satu taktik kotor yang sering dipermain-mainkan oleh parti memerintah untuk memecahbelah serta mengelirukan rakyat jelata, seterusnya mengalihkan perhatian mereka terhadap masalah yang sebenarnya dihadapi oleh rakyat jelata dan negara. Masalah yang paling kritikal yang dihadapi oleh rakyat jelata dan negara pada hari ini adalah penyelewengan dana kerajaan oleh para pemimpin parti memerintah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Audit demi audit, penyiasatan demi penyiasatan, suruhanjaya diraja demi suruhanjaya diraja, dakwaan demi dakwaan dan seterusnya “pengadilan” demi “pengadilan”, namun kesemua bentuk langkah dan tindakan tersebut bagaikan suatu tayangan filem yang tidak ada penamatnya yang mengharapkan rakyat yang menyaksikan babak-babak tersebut akan melupakannya di kemudian hari. Negara kita kini menghadapi serangan bukan sahaja daripada pihak yang berpolitik, malah kini seranga

Mengapa kita perlu belajar teori Marxisme?

Image
oleh Choo Chon Kai Mengapa kita perlu teori sebagai panduan dalam perjuangan rakyat? Bukankah kita dah tahu dunia kita sedang berada dalam krisis? Bukankah kita dah tahu bahawa adanya penindasan dalam masyarakat? Bukankah kita dah tahu bahawa kita perlukan keadilan? Bukankah kita dah tahu bahawa rejim zalim perlu dijatuhkan? Pasal apa lagi nak cakap teori dan ideologi, lawan sahaja lah… teori tu hanya dibincangkan oleh golongan intelektual kan? Sememangnya masyarakat kita sedang berdepan denga pelbagai ancaman krisis dan kita perlu lawan dan terus berjuang. Namun, perjuangan tanpa satu teori untuk memahami keadaan, tiada halatuju yang jelas dan tiada perancangan untuk melangkah ke depan adalah sesuatu tindakan yang membuta-tuli. Itu adalah perjuangan yang tiada hala tuju, hanya sekadar perasaan marah tetapi tidak tahu apa yang sebenarnya nak dicapai pada akhirnya. Oleh yang demikian, kita perlu teori untuk perjuangan. Hanya perjuangan praktikal yang berpandukan teori yang jelas bole