Posts

Showing posts from May, 2015

Pembaharuan Di Dalam Sistem Parlimen

Image
Pada 27 Mei yang lalu, Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia ada menyebut cadangan beliau untuk melaksanakan sesuatu pembaharuan di dalam parlimen selepas beliau mengambil keputusan untuk menarik balik surat perletakan jawatannya. Di antara pembaharuan yang beliau telah sebut adalah, menghidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen, penambahan waktu persoalan terhadap menteri, penambahan bilangan jawatankuasa pilihan parlimen dan cadangan untuk memberikan kuasa kepada Dewan Negara untuk membincang dan meluluskan usul tanpa perlu melalui Dewan Rakyat. Namun demikian, siri pembaharuan yang dikemukakan oleh Pandikar itu tidak meliputi keseluruhan sistem parlimen. Ini adalah kerana sistem parlimen yang ada sekarang, dan jika sekiranya beberapa penambahbaikan seperti yang disebut tadi dilaksanakan terhadapnya, ianya masih berjalan seperti satu cap-getah (rubber-stamp). Ini adalah kerana kuasa yang sepenuhnya di dalam perjalanan dan pengurusan sistem parlimen masih terletak di bawah kua

Kelemahan kawalan keselamatan dan sempadan negara wajar mendapat perhatian

Image
Pencerobohan dan penculikan oleh kumpulan pengganas di perairan dan pantai Sabah yang berlaku berulang kali dan kini penemuan lebih seratus mayat di kawasan perkuburan yang luas di Wang Kelian, Perlis berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini telah mendapat perhatian umum mengenai tahap keberkesanan kawalan sempadan negara oleh pasukan keselamatan negara kita. Pencerobohan, penculikan dan kini penemuan bilangan mayat yang begitu banyak jelas menunjukkan tahap kawalan sempadan negara kita adalah amat lemah sekali. Setiap kali berlakunya kejadian-kejadian seperti berikut, kerajaan pusat dan pasukan keselamatan tidak seharusnya memberikan pelbagai bentuk alasan yang remeh kononnya kawasan tersebut adalah terpencil, kekurangan anggota, ketidakcanggihan peralatan dan sebagainya. Kesemua bentuk kekurangan tersebut tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk membiarkan sempadan negara kita di dalam keadaan tidak terkawal sehinggakan berlaku pencerobohan, penculikan, kematian,

Parti-Parti Pembangkang Tanpa Kerusi Parlimen (Non-Parliamentary Opposition Parties)

Image
Pembentukan Jawatankuasa Jurucakap Pemantau (Shadow Spokesperson) Bagi parti-parti pembangkang yang tiada kerusi parlimen atau terjemahan dalam Bahasa Inggeris, “non-parliamentary opposition parties (NPOP)” , mereka sememangnya mempunyai banyak peranan untuk dimainkan walaupun tidak mempunyai ahli-ahli parlimen mahupun ahli-ahli dewan undangan negeri. Di antara peranan utama yang boleh dimainkan oleh NPOP adalah, membentuk suatu jawatankuasa jurucakap pemantau memerhati portfolio kementerian kerajaan dan mengeluarkan kenyataan mengenai perjalanan pengurusan, pentadbiran dan isu-isu yang berkaitan dari masa ke semasa. Untuk pengetahuan ramai, suatu jawatankuasa jurucakap pemantau memerhati portfolio kementerian kerajaan (shadow spokespersons) adalah hampir sama dengan bentuk sebuah kabinet bayangan, tetapi cuma sebutannya berlainan sedikit oleh kerana kedudukannya sebagai NPOP. Pembentukan jawatankuasa jurucakap pemantau memerhati portfolio kementerian kerajaan ini membolehkan par

Fungsi Kabinet Bayangan dan Masalahnya di negara ini

Image
Tajuk mengenai pembentukan kabinet bayangan (shadow cabinet) timbul sekali lagi setelah Datuk Ser Dr Wan Azizah Ismail mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Permatang Pauh yang baru dan seterusnya menerima perlantikan sebagai ketua pembangkang parlimen yang baru menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehingga pada hari ini, ramai di antara kita masih belum faham ataupun kurang jelas mengenai apakah itu kabinet bayangan sebenarnya dan apakah fungsi-fungsinya di barisan parti-parti pembangkang di dalam parlimen. Kabinet bayangan adalah sebuah institusi yang dibentuk dan dikelolakan oleh barisan parti-parti pembangkang di dalam parlimen ataupun dewan perwakilan. Ianya berfungsi untuk memantau dan menyemak imbang (check and balance) segala perlaksanaan dan perjalanan pentadbiran kabinet kerajaan yang ditubuhkan oleh parti-parti yang memerintah. Biasanya, kabinet bayangan dibentuk seiring dengan barisan kabinet kerajaan yang ditubuhkan mengikut portfolio-portfolio kementerian yang tela

Kenapa PAS rasis sangat dalam isu kabinet bayangan?

Image
Baru-baru ini DAP telah mengumumkan barisan kabinet bayangannya sendiri setelah melihat keadaan kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang fungsinya tidak begitu berkesan sejak 2008. Maklumbalas daripada PAS adalah pembentukan kabinet bayangan oleh DAP itu merupakan suatu tindakan parti tersebut untuk memperkukukan kedudukannya sebagai parti komponen utama di dalam Pakatan Rakyat dan seterusnya bercadang untuk mentadbir negara ini secara sendiri apabila berkuasa kelak dengan mewujudkan sebuah “kerajaan Cina”. Beginilah kenyataan yang dibuat oleh presiden PAS Abdul Hadi Awang. Kenapa pula PAS ingin memperbesarkan isu kabinet bayangan DAP itu dengan melibatkan isu perkauman? Apa kena mengena isu kabinet bayangan dengan sesuatu kaum? DAP membentuk kabinet bayangannya sendiri sambil juga mengajak rakan-rakannya PKR dan PAS untuk juga membentuk kabinet bayangan masing-masing bagi memperkukuhkan lagi kaedah dan amalan semak dan imbang (check and balance) terhadap kerajaan Umno agar pentad

CADANGAN-CADANGAN GABUNGAN KIRI MALAYSIA TERHADAP PERANCANGAN EKONOMI NEGARA DALAM RMK-11

Pengenalan Negara kita telah berada di penghujung Rancangan Malaysia Ke-10. Rancangan Malaysia Ke-11, yang akan bermula dari 2016 sehingga 2020. Rancangan ini akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Mei 2015. Walaupun RMK-11 akan dibentang tidak lama lagi, kami dari Gabungan Kiri Malaysia berasa penting; analisa, pandangan, syor dan cadangan kami terhadap rancangan ekonomi negara kita harus disampaikan kepada pihak Kerajaan Malaysia. Perkara ini penting kerana pada hemat kami penilaian tentang hala tuju, diskusi terhadap polisi-polisi alternatif harus dipertimbangkan. Kami juga tetap berkongsi pendapat bahawa rancangan untuk masa depan negara kita adalah satu usaha yang harus diteruskan. Walaupun begitu, oleh kerana kedudukan kita di tengah-tengah ekonomi terbuka yang semakin mencabar hari ini maka segala langkah dan rancangan sedia ada haruslah dikaji semula dari pelbagai dimensi. Dunia kita sudah banyak berubah dalam 60 tahun yang lalu. Pada 1960an dan 1970an kaedah pembangunan ekon

Permatang Pauh By-Election, PRM and Left Coalition - An Analysis

By Yeong Kam Loong Looking at the recent formation of Left Coalition and the surface of internal issue of Parti Rakyat Malaysia during Permatang Pauh by-election, there's some observation, analysis and strategy that i hope that can be helpful to the Party and Coalition. Analysis: The recent formation of Left Coalition has stirred considerable amount of curiosity from the public who view it as a 'budding' third power in the political landscape and what it can deliver. However, the recent Permatang Pauh by-election has somehow created minor negative perception on PRM from the public. A chinese newspaper commentary (some might have already seen it) had listed 3 important points: 1. The internal conflict between Penang Branch and Central Committee in candidate placement 2. The difference of stance on Hudud between candidate and the party. 3. This event created doubts from the public on PRM's principle as a political party, and eventually the Left Coalition. This is import